Header Ads

Nak kurus tapi malas nak berjoging? Senaman ini boleh dilakukan sambil berbaring

Korang malas nak keluar dari rumah untuk bersenam tetapi teringin nak memiliki badan yang slim ?

Kami di Nakbebel ingin membantu korang dengan pilihan  latihan yang dapat membantu korang untuk menghilangkan masalah berat badan yang berlebihan dengan cepat dengan hanya melakukan senaman yang ringkas ini. Tetapi jangan lupa ye, korang perlu sentiasa menggabungkan latihan ini dengan diet yang sihat!

A. 30-60-90( latihan mengutamakan pada bahagian perut dan kaki)

1-Kedudukan ini sambil berbaring dan kedudukan tangan berada dibawah .

2-Tarik kaki korang pada sudut 30 darjah dengan lurus. Ini akan membuat ketegangan pada abdomen otot korang. Tarik nafas tiga kali ketika dalam kedudukan ini.

3-Kemudiannya naikkan pada sudut 60 darjah. Kekal seperti ini, sambil menarik nafas panjang sebanyak tiga kali, dan kemudian naikkan  sekali lagi pada sudut 90 darjah.

4-Ulangi latihan yang sama sebanyak 3 set latihan. Jangan lupa untuk leperkan pinggang korang.


5-Korang boleh rehat sebentar sekiranya tidak mampu, tapi jangan terlalu lama

B. Candlestick (Latihan ini khususnya pada bahagian perut)
1-Latihan ini juga dalam keadaan berbaring sambil mengangkat badan dan kaki ke atas. Bengkokkan kaki terlebih dahulu untuk mendapatkan momentum naik keatas.

2-Perlahan-lahan luruskan kaki korang sambil menahan belakang korang menggunakan lengan sebagai tapak dan tapak tangan menahan badan dari jatuh. Kekalkan kedudukan ini selama 30-60 saat.

C. Plank ( latihan ini dapat membantu mengatasi masalah perut)
1-Latihan ini menggunakan tangan dan kaki, kemudian luruskan  kaki korang sehingga dapat menyokong berat badan dengan hujung jari kaki dan siku.

2-Regangkan otot abdomen korang dan tarik kaki beberapa inci, satu demi satu.

3-Ulang latihan ini  sebanyak 3 kali . 1 kali latihan bersamaan dengan 15-30 saat dan pastikan badan tidak bengkok, sebaiknya lihat struktur badan di cermin.

D. King Cobra( Latihan ini menumpukan pada bahagian punggung dan belakang)

1-Permulaan posisi ini pada keadaan meniarap dan kemudiannya tolak badan korang menggunakan dua tapak tangan.

2-Ambil nafas dan berhati-hati apabila bengkok pada bahagian pinggang dan tolak ke atas badan sampai mendongakkan kepala. Tahan pada kedudukan ini selama 30 saat, dan kemudian turunkan badan korang sambil menghembus nafas keluar.



Dikuasakan oleh Blogger.