Header Ads

Menurut Kajian, Wanita Yang Tidur Lebih Awal Akan Kelihatan Lebih Berseri

Jika korang bercita-cita nak memiliki tubuh yang kurus lansing dan kulit sihat berseri maka sebaiknya mengikuti waktu tidur yang disarankan ini.

Sebagusnya korang dicadangkan masuk tidur sebelum jam 11 malam setiap hari. Ini kerana mereka yang tidur lewat lebih dari pukul 11 malam hingga 3 pagi, ia akan menjerumus untuk makan kudap-kudapan berlemak selain minuman manis. Amalan seperti ini boleh memberikan kesan negatif terhadap metabolisme yang mana mengganggu sistem dalam badan.Tabiat buruk itu beri kesan buruk pada metabolisme tubuh dan mengganggu proses pelangsingan. Kulit jadi kusam, berjerawat & bermasalah jika suka tidur lewat.


Menurut kajian yang dilakukan ke atas 85,000 responden oleh produk Jawbone, mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang tidur selepas jam 11 malam.
Selain mengganggu proses menguruskan badan, tabiat berjaga sehingga lewat pagi akan membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering. Kajian juga mendapati, sekiranya anda amalkan rutin masuk tidur sebelum jam 11 malam selama 1 tahun, ia mampu menurunkan berat badan sehingga 3 kilogram tanpa perlu berdiet.
Dikuasakan oleh Blogger.