Header Ads

Kepada si dia, ini 4 perkara yang wanita ingin lelaki tahu

Setiap wanita pasti inginkan diri mereka dihargai oleh pasangan. Namun malangnya, mereka hanya mempunyai pasangan yang bersikap sambil lewa. Kepada lelaki diluar sana, ketahuilah 4 perkara yang wanita ingin lelaki ambil berat ini. Teruskan bacaan ini untuk ketahui 4 perkara tersebut.
1. Tidak Perlu Minta Izin Untuk Beri Kejutan
Akan timbul perasaan yang menjengkelkan bila korang terlebih dahulu bertanya ‘awak nak bunga?’ dan sebagainya. Terus sahaja beri kejutan pada pasangan korang agar si dia nampak keikhlasan dan sifat romantik pada diri korang.
2. Sentiasa Ingin Didengari
Seorang wanita sangat suka akan lelaki yang sanggup meluangkan waktu bagi mendengar masalah dan cerita mereka. Dengar dahulu apa yang pasangan korang ingin katakan dan ambil tindakan samada korang setuju atau tidak selepas itu.
3. Suka Dengan Pujian

Memang menjadi lumrah, wanita sangat suka menerima pujian terutamanya pujian dari insan yang dicintainya. Oleh it u, jangan lupa untuk beri pujian atas apa yang telah dilakukan oleh pasangan korang.
4. Jangan Lupa Akan Hari Istimewa
Ini merupakan perkara yang sangat lemah bagi seorang lelaki. Kebiasaanya mereka akan lupa hari dan tarikh istimewa dalam perhubungan seperti tarikh ulang tahun perkahwinan. Jangan malu untuk catat tarikh-tarikh penting ini dalam buku nota ataupun set dalam telefon.
Dikuasakan oleh Blogger.