Header Ads

Kenapa Kita Tidak Merasa Geli Ketika Menggelitik Diri Sendiri? Ini Jawapannya

Sebahagian besar dari kita mempunyai sekurang-kurangnya satu titik geli di tubuh kita, mana-mana dibahagian telapak kaki, ketiak, pinggang, atau di bahagian belakang leher . Apabila seseorang menyentuh titik tersebut dan menggelitik kita, biasanya kita akan terkejut dan ketawa.

Ketawa ketika seseorang tiba-tiba menggelitik kita merupakan satu reaksi natural. Tertawa yang tak terkawal dalam keadaan ini terjadinya akibat panik ringan yang kita rasakan, yang mengarah ke perasaan geli sehingga ketawa. Namun ada juga orang yang sangat mudah berasa geli, dan tertawa sebelum ia digelitik.

Tapi mengapa kita tidak merasa geli jika menggelitik diri sendiri?

Jawapannya terletak pada kawasan otak yang dipanggil otak kecil (cerebellum), yang terlibat dalam pemantauan pergerakan. Kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik di University College London menunjukkan bahawa cerebellum boleh meramalkan sensasi yang timbul oleh gerakan kita sendiri, tetapi tidak jika gerakan itu dilakukan oleh orang lain.

"Apabila kita cuba menggelitik diri sendiri, cerebellum meramalkan sensasi yang akan ditimbulkan, dan ramalan tersebut digunakan untuk membatalkan respon dari daerah otak lain," kata Sarah-Jayne Blakemore, salah satu penyelidik yang terlibat dalam kajian itu.

Ia menjelaskan bahawa ada dua kawasan otak yang terlibat dalam memproses perasaan ketika kita digelitik, iaitu korteks somatosensori yang memproses sentuhan dan korteks singulat anterior yang memproses maklumat yang menyenangkan (perasaan berasa selesa).

"Kami mendapati kedua-dua kawasan ini kurang aktif ketika seseorang menggelitik dirinya sendiri, berbanding ketika ia digelitik oleh orang lain," ujar Blakemore.


Dikuasakan oleh Blogger.