Jika anda pernah merasakan telefon seolah-olah vibrate, anda mungkin mengalami masalah serius


Anda mungkin pernah mendengar satu keadaan yang dipanggil bayangan anggota badan, yang mana perasaan anggota badan yang telah dipotong masih ada. Keadaan ini sering berlaku kepada askar yang kehilangan anggota badan ketika peperangan atau pesakit yang terpaksa dipotong anggota badan kerana penyakit.

Tetapi, pernahkah anda mendengar sindrom bayangan getaran (vibrate)? Ia adalah satu keadaan yang mana seseorang berasa yakin telefon mereka bergetar daripada mesej atau panggilan, yang mana sebenarnya tiada sebarang panggilan yang masuk. Tetapi, anda berasa sangat yakin akan merasakan getaran tersebut. Keadaan ini ada sebabnya dan maksud di sebalik keadaan tersebut.


Semakin kerap kita menggunakan telefon, ketagihan kita terhadap telefon akan meningkat. Tetapi siapa yang boleh menuding jari terhadap anda? Dengan beribu-ribu aplikasi baru dan akses tanpa had kepada internet, tidak hairanlah sukar untuk tidak menggunakan internet terutama dengan kecanggihan telefon pintar.

Kita juga bergantung kepada telefon untuk mengingatkan kita bahawa ada orang yang ingin terus berhubung. Kita semua manusia, maka kita ingin dirindui dan diingini. Ini salah satu sebab mengapa otak membuat helah dengan membuatkan kita berfikir seseorang merindui kita dan menghubungi kita.

Namun, dalam kebanyakan kes, ini hanyalah satu ilusi yang dicipta oleh keinginan dalaman anda. Lebih banyak masa yang anda luangkan dengan menggunakan telefon, lebih tinggi peluang untuk anda merasai fenomena ini.

Ramai yang turut merasakan bayangan ini apabila telefon berada di atas meja. Jika keadaan ini berlaku sekali atau dua kali sahaja, ianya adalah perkara biasa. Tetapi, jika anda merasakan telefon anda sedang bergetar walaupun telefon tidak berada pada anda, dan berlaku beberapa kali dalam sehari, anda mengalami masalah yang serius.


Sesiapa sahaja boleh mengalami bayangan panggilan atau mesej, tanpa mengira usia. Tetapi, keadaan ini lebih kerap berlaku dalam kalangan remaja kerana mereka bergantung pada telefon untuk melakukan apa-apa sahaja. Malah, bayangan mesej kerap berlaku dalam kalangan pengguna telefon pintar.

Adakah fenomena bayangan ini satu ancaman terhadap kesihatan anda?

Sesetengah orang turut mengalami perasaan gelisah ketika berjauhan daripada telefon pintar mereka. Terutama ketika anda tertinggal telfon di rumah. Anda akan bersikap seperti orang yang sedang menjalani proses pemulihan pada hari pertama.

Ramai di antara yang menyangka hanya anda sahaja yang mengalami keadaan ini. Tetapi, anda tidaklah keseorangan. Hampir 90 peratus orang yang memiliki telefon pintar akan mengalami fenomena ini ketika telefon mereka berada di dalam poket. Sindrom ini disebabkan oleh "tabiat yang telah dipelajari oleh tubuh", menurut Dr. Robert Rosenberger.

Badan anda telah menganggap telefon seperti sebahagian daripada badan, dengan cara yang sama seperti memakai cermin mata.

Anda mungkin mengalami keadaan ini walaupun anda telah meletakkan telefon jauh dari poket anda selama 12 jam. Memori otot boleh menyebabkan anda mengalami keadaan ini, tetapi ia akan menghilang.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan obsesi kerana anda mempunyai ketakutan terlepas panggilan atau mesej atau ketakutan bahawa orang lain akan berfikir anda tidak begitu responsif. Oleh kerana itu, sindrom bayangan getaran ini sering berlaku.

Sindrom ini boleh menyebabkan berakhirnya interaksi antara manusia kerana anda tidak dapat berenggang dengan telefon walaupun dalam jangka masa sejam.

Kongsikan Artikel Ini



Nama

artis,11,awesome,33,bagaimana,8,berita,15,cinta,47,comel,26,cool,144,design,19,diy,20,dunia,2,fail,2,fakta,1,gadget,6,gambar,582,ganas,1,geli,4,gif,3,hiburan,5,humor,3,idea,1,iklan,1,info,83,inspirasi,74,islam,27,jenayah,2,jutawan,93,jutawan dua,48,karut,14,kehidupan,54,keluarga,1,kenderaan,1,kerjaya,2,kesihatan,16,klasik,1,koleksi,33,konsep,21,kreatif,134,lawak,2,lawatan,131,lol,27,lol.,1,makanan,2,media sosial,1,menarik,49,motivasi,9,motivasi hidup,9,ngeri,14,ninetology,4,oops,1,pelik,83,percutian,7,quiz,1,rumah idaman,55,sadis,6,samsung,1,semasa,293,seni,8,seram,2,teknologi,6,test,1,tips,51,troll,2,unik,9,video ceramah,3,video menarik,294,viral,5,wow,6,wtf,90,
ltr
item
Nakbebel: Jika anda pernah merasakan telefon seolah-olah vibrate, anda mungkin mengalami masalah serius
Jika anda pernah merasakan telefon seolah-olah vibrate, anda mungkin mengalami masalah serius
https://2.bp.blogspot.com/-HfHPZQiNats/WPbppKonu1I/AAAAAAAAFXI/Dgmy9Q804YI6eCYuyCd1UbrtHYamN3OUwCLcB/s1600/cell_phone_smartphone_in_pocket-100596024-orig.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-HfHPZQiNats/WPbppKonu1I/AAAAAAAAFXI/Dgmy9Q804YI6eCYuyCd1UbrtHYamN3OUwCLcB/s72-c/cell_phone_smartphone_in_pocket-100596024-orig.jpg
Nakbebel
http://www.nakbebel.com/2017/04/jika-anda-pernah-merasakan-telefon.html
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/2017/04/jika-anda-pernah-merasakan-telefon.html
true
6864137901274687103
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts LIHAT SEMUA Teruskan Membaca Balas Cancel reply Delete Oleh Home PAGES POSTS View All Anda Mungkin Berminat Dengan.. LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Ruangan Ini Khas Untuk Pengikut Nakbebel Sahaja Sila like untuk buka Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy