Header Ads

Jika anda melihat benda ini di tandas awam, segera tinggalkan tempat tersebut dan hubungi polis!


Penyangkut baju adalah alat serba boleh. Ia boleh digunakan untuk menyangkut baju, headphones anda, kunci, dan sebagainya. Tahukah anda, penyangkut baju digunakan untuk tujuan yang menakutkan dan menyalahi undang-undang?

Sesetengah penyangkut adalah sebenarnya kamera berteknologi tinggi yang digunakan oleh penjenayah untuk merakamkan orang ramai ketika di tandas dan bilik hotel.

Kamera ini dijual dengan harga yang murah secara atas talian (online) sebagai alat perlindungan di rumah, tetapi telah disalahguna untuk tujuan licik.

Alat yang menyerupai penyangkut ini boleh dikenal pasti melalui tiga titik kecil di bahagian atas, yang sebenarnya adalah kamera. Malah, perkara yang lebih menakutkan apabila penjenayah menggunakan kamera ini untuk mendapatkan gambar anda tanpa anda sedari.

Dengan kemajuan teknologi, anda hanya perlu meletakkan kad MicroSD. Jangka hayat bateri untuk penyangkut tersebut adalah dua jam.

Jika anda melihat penyangkut sebegini, keluar dari tempat tersebut dan laporkan kepada pihak polis!

Sebarkan kepada keluarga dan kawan-kawan anda!

Dikuasakan oleh Blogger.