Header Ads

Jangan pernah berkaki ayam di gym: Seorang lelaki terkena jangkitan kulit selepas mandi di gym tanpa selipar


Seorang lelaki di Texas didapati terkena jangkitan yang memakan isi kakinya selepas mandi berkaki ayam di sebuah gimnasium.

Lelaki tersebut berkata pada mulanya dia menyangka satu ketuat yang bertambah menjadi lima, merebak di kakinya dan menjadi luka. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyembuhkannya, luka tersebut hanya bertambah teruk.

Kini setelah melalui pembedahan mencantumkan kulit, menggunakan sisik ikan, lelaki tersebut berkongsi gambarnya untuk memberi amaran kepada orang lain tentang bahaya yang ada di lantai bilik mandi.



Dia dimaklumkan bahawa dia mempunyai ketuat tapak kaki - satu ketumbuhan di kaki yang disebabkan oleh human papillomavirus (HPV). Setiap minggu, doktor akan membuang kulit yang menggelembung dan menyapu ubat ke atas kulit yang baru.

Dua bulan telah berlalu sejak pembedahan tersebut dan dia akan memerlukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum dia boleh berjalan dengan betul. Dia mengingatkan orang lain untuk tidak melakukan kesilapan yang pernah dilakukannya.

Lelaki tersebut berpesan untuk memakai kasut di kawasan awam yang terdapat air kerana bakteria wujud di tempat sebegitu. "Perkara yang menakutkan ialah virus tersebut boleh hidup selama lebih dua tahun di permukaan lantai. Jaga kaki anda supaya kaki anda dapat menjaga anda."

Dikuasakan oleh Blogger.