Header Ads

Ini sebab anda perlu menangis ketika mendengar lagu sedih selepas putus cinta


Satu kajian yang telah diterbitkan oleh Laporan Saintifik telah mendapati bahawa menangis ketika mendengar lagu yang sedih, akan menimbulkan satu kepuasan dan meredakan tekanan selepas itu.

Para pengkaji telah menguji hipotesis ini dengan meminta responden untuk mengisi borang kaji selidik tentang reaksi mereka ketika mendengar pelbagai muzik. Mereka telah diminta untuk menyatakan kekerapan mereka merasakan bulu roma meremang, menggigil hingga ke tulang belakang, perasaan ingin menangis, atau merasakan seperti ada ketulan di tekak mereka.


Para pengkaji kemudiannya meletakkan para responden dalam dua kumpulan berdasarkan mereka yang mengalami 'kesejukan' dan mereka yang menangis dan meminta mereka untuk mendengar enam lagu (tiga daripada enam lagu dipilih oleh mereka) yang bertujuan untuk membangkitkan emosi dalaman.

Selepas memantau keadaan emosi mereka, kadar degupan jantung, dan tanda kepuasan secara fizikal, para pengkaji mendapati bahawa tangisan responden kerana berasa sedih sebenarnya menenangkan secara psikofisiologi, yang menyebabkan perasaan lega dan boleh meredakan tekanan.

Jadi, menangislah dan sembuhkan hati anda yang terluka.
Dikuasakan oleh Blogger.