Header Ads

Ilusi kreatif ini berjaya menggalakkan orang ramai untuk membela haiwan peliharaan

Terdapat begitu banyak orang di luar sana yang berpotensi untuk menjadi tuan kepada haiwan peliharaan yang terbiar dan memerlukan kasih sayang. Namun, kadangkala mereka tidak mendapat sebarang kesedaran atau kaedah untuk bertindak mengambil dan membela haiwan yang terbiar ini.
Melalui kempen yang diadakan oleh World For All Animal Care and Adoptions di Mumbai, ianya berupaya untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang acara pengambilan haiwan angkat mereka. Dengan Amol Jadhav selaku jurugambar dan Pranav Bhide selaku pengarah kreatif, kempen ini telah berjaya dilaksanakan.
Menggunakan pencahayaan kreatif dan teknik framing yang sesuai, mereka telah menghasilkan portret bersifat ilusi optik. Ianya seolah-olah menceritakan dua kisah dalam satu imej. Setiap portret menghasilkan bayang-bayang haiwan peliharaan yang berbeza. Dengan teknik pencahayaan yang berkesan, ianya memberi mesej yang jelas. Tagline mereka iaitu ‘There’s always room for more. Adopt.’ membawa maksud rumah dan kasih sayang anda sentiasa ada ruang kosong, terimalah haiwan peliharaan.
Kempen yang berjaya dengan gilang-gemilang ini mencatatkan kehadiran orang sebanyak 150%. Pada hari itu sahaja, sebanyak 42 ekor haiwan menemui rumah dan tuan baru buat mereka!


Dikuasakan oleh Blogger.