Header Ads

Ibu kepada 6 anak memberi respon terhadap 'mesti seronok ada suami yang membantu'


Seronok apabila hidup di dunia yang mana lelaki menjaga anak-anaknya. Pasti semua bersetuju, kan?

Masyarakat kita masih mencari jalan dalam persamaan antara lelaki dan perempuan, berusaha supaya perempuan mendapatkan hak yang sama. Sejak dahulu, lelaki akan keluar mencari rezeki dan perempuan akan menjaga rumah. Jadi, ini adalah perkara "baru" untuk sesetengah orang, tetapi dalam masyarakat, ini sebenarnya jauh daripada yang anda sangkakan.

Seperti hari kebiasaannya, para ibu akan menguruskan anak-anak pada waktu pagi sebelum keluar bekerja termasuklah menyediakan sarapan, memandikan anak-anak, dan menghantar anak-anak ke sekolah.

Suami pula akan mengambil alih tugasnya pada waktu petang, selepas pulang dari kerja. Dia akan membawa anak-anak keluar bermain. Dia akan memeriksa buku sekolah anak-anak, memandikan anak-anak, dan memastikan mereka mengemas mainan sebelum tidur supaya rumah kekal teratur.

Ramai yang terkejut dan mengatakan "pasti seronok ada suami yang tolong," kata mereka.

Tetapi bukan si ibu sahaja yang ingin mempunyai enam orang anak. Bukan ibu sahaja yang bertanggungjawab. Semestinya si ayah perlu membantu supaya ibu dapat bekerja dan menguruskan rumahtangga.

Apabila ibu keluar meluangkan masa bersama-sama rakannya, itu bukanlah babysitting. Apabila ayah menguruskan anak-anak supaya ibu boleh tidur sebentar, dia bukan sekadar "membantu". Itu adalah parenting. 

Ayah juga bertanggungjawab dalam parenting (proses membesarkan anak dalam aspek perhubungan secara biologi).
Dikuasakan oleh Blogger.