Header Ads

Gemar mengumpul koleksi kasut? Ini 15 tips penting bagi penjagaan kasut yang betul


Kasut merupakan pelengkap penampilan seharian kita. Oleh itu, penjagaan kasut adalah sangat penting. Ikuti tip penjagaan kasut yang betul agar kasut anda kelihatan cantik sentiasa.

1- Jika kasut didapati basah atau sebagainya, biarkan sepatu kering di kawasan bersuhu bilik. Elak menggunakan tenaga haba yang kuat atau alat pengering kerana ia menyebabkan kasut longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.

2- Kotak kasut yang bersusun di pintu hadapan rumah mahupun di dalam bilik tidur mungkin mencacatkan kekemasan di rumah. Oleh itu, dinasihatkan untuk anda membeli ‘pokok kasut’ yang dapat menggantung kesemua koleksi kasutmu. Ini membolehkan kasut ‘bernafas’ dengan lebih baik.

3- Elak menjemur kasut di bawah cahaya matahari yang terik dan membahang dalam kadar masa yang terlalu lama kerana boleh menyebabkan kasut jadi reput.

4- Anda perlu tahu jenis kasut dan kesesuaiannya ke majlis yang anda tuju. Jangan pakai kasut kulit untuk perjalanan lasak kerana memungkinkan kasut untuk cepat rosak, malah ia memberi ketidakselesaan semasa memakainya.

5- Jangan longgokkan kasut di satu tempat. Asingkan mengikut jenis kasut, dikhuatiri kasut berlaga satu sama lain terutamanya bagi jenis kasut bertumit tinggi dan tajam.

6- ika kasut terkena kotoran, bersihkannya dengan segera. Membiarkan kotoran pada kasut akan menyebabkan ia menjadi kotoran kekal dan meninggalkan warna kuning yang merosakkan kecantikan sepatu.

7- Melenturkan kaki ketika memakai kasut kulit adalah perkara yang tidak digalakkan. Ini akan menyebabkan kesan lipatan dan garisan pada bahagian depan kasut.

8- Sumbat bahagian depan kasut dengan kertas serta penahan khas di dalam kasut agar bentuk kasut kekal dan tidak membengkok mahupun terlipat.
9- Jangan biarkan kasut yang terkena lopak tanpa membasuhnya. Lumpur yang terlekat menjadikan kasut mereput dengan pantas.

10- Elak memakai stokin yang sama setiap hari kerana ia memerangkap bau peluh kaki anda di dalam kasut.
Letak pewangi di dalam rak kasut bagi menghilangkan bau kaki yang terperangkap sekali gus menjadikan bau kasut lebih segar.

11- Kasut berjenama dengan harga mahal selalunya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan kualiti dan tidak rosak cepat. Cuma apa yang perlu adalah tukar pelapik kasut bagi menjadikan ia kasut yang terus-terusan memberi keselesaan kepada si pemakai.

12- Ketika mengilatkan kasut kulit, berus dalam arah mebulat dan kasar. Jangan terlalu berlembut bagi memberi kilatan yang kemas dan cantik.

13- Bagi kasut kulit, sering kilatkan ia bagi memberi perlindungan yang lebih baik. Ini dapat mengelakkan kasut daripada reput.

14- Tidak digalakkan memakai kasut yang sama setiap hari kerana ia mudah lusuh dan berbau juga tiada kelainan dalam penampilan anda sehari-hari ke tempat kerja.

15- Kasut yang diperbuat daripada fabrik ataupun kanvas boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau cucian tangan. Letak gumpalan surat khabar lama di dalam kasut bagi mengekalkan bentuknya semasa kasut itu kering.








Dikuasakan oleh Blogger.