Header Ads

Gambar ini boleh mencerminkan banyak perkara mengenai watak seseorang

Ujian gambar ini boleh mendedahkan tentang watak dan pandangan korang terhadap kehidupan. Apa yang korang perlu lakukan adalah menjawab satu soalan yang mudah tanpa fikit terlalu lama:
Apa yang korang nampak pada imej berikut?

Jika korang nampak:

Satu letupan
Berkemungkinan bahawa korang mempunyai imaginasi yang sangat kuat dan ini telah membantu korang dalam pelbagai situasi. Kemungkinan bahawa korang adalah seorang individu yang sangat kreatif dan suka bekerja dalam bidang seni. Jika tidak, maka korang ini mungkin ada bakat yang terpendam dalam diri korang yang sangat bernilai. Cuba korang fikirkan pada waktu kecil dan sebagai seorang kanak-kanak, adakah korang suka melukis ataupun menyanyi?

Dua tangan
Golongan ini juga mempunyai imaginasi yang kuat, bezanya golongan ini suka kepada perkara yang logik sebagai asas kepada setiap tindakan yang ingin dilakukan. Golongan ini bersifat seorang ketua dan orang disekelilingnya amat gemar meminta nasihat yang rasional, baik serta mempunyai  fikiran yang tajam bagi membolehkan orang ini menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh seseorang itu. Golongan ini juga, susah nak tengok dia ni panik, orangnya sentiasa tenang, dan bijak untuk tahu bagaimana untuk tenangkan orang lain juga.

Pokok
Korang seorang yang mahir mendapatkan butir-butir dalam setiap perkara dalam erti kata lain (perfectionist". Tidak ada maklumat yang boleh disembunyikan daripada anda. Pada masa yang sama, golongan ini sangat sensitif kepada perasaan orang disekelilingnya. Anda tahu bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat daripada mana mana sumber dan memahaminya dengan baik. Individu ini dijamin untuk berjaya dalam bidang yang memerlukan ketelitian dan ketepatan.


Tak nampak apa-apa
Jika korang tak nampak apa-apa bila melihat imej diatas, berkemungkinan korang perlu berehat kerana mungkin korang tengah letih dan sukar untuk menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks. Korang sukar memahami perkara-perkara dari perspektif yang berbeza dan mengambil mudah pada banyak perkara. Rehat seketika, ambil angin dulu supaya dapat memberi korang kekuatan dan tenaga untuk aktiviti yang lain pula.

Dikuasakan oleh Blogger.