Header Ads

Dipecat Bukannya Pengakhiran Buat Segalanya. Pastikan Korang Lakukan 10 Perkara Ini

Aduh, rasa macam dunia ni gelap je bila bos maklumkan yang korang diberhentikan kerja. “Apa nak buat sekarang? Simpanan bukannya banyak? Duit rumah kena bayar, duit kereta lagi, macam mana ni?”

Sabar, cuba  tenang dahulu dan ingat ini bukan pengakhiran buat segalanya. Tabahkan diri, bangkit semula dan fikir ke hadapan! Adat lah bila dengar berita buruk sebegini emosi akan terganggu, panik, murung, marah semuanya becampur. Tapi ingat, duit tak akan datang bergolek semudah itu je. Kena mulakan balik kehidupan baru.

1. Tarik nafas dalam-dalam



Siapa je yang tak jadi panik bila dengar berita sedih sebegini kan? Rasa macam nak luruh je jantung dan lutut terketar-ketar dan lemah sangat. Okay cuba tenang dulu, dan Tarik nafas dalam-dalam.
Cari tempat yang sunyi dan tersembunyi untuk korang tenangkan fikiran dan hati. Korang bukan lemah kalau nak menangis sekalipun. Menangis lah sepuas-puas sampai korang rasa puas. Jangan sesekali cuba untuk mengamuk depan bos sebab korang kena kekalkan hubungan baik demi kebaikan bersama juga.

2. Jangan anggap ia sebagai personal attack



Diberhentikan kerja ni perkara normal bagi semua orang dan bukan korang je yang kena tempiasnya. Agak susah kalau nak ambil ia sebagai satu yang positif tetapi kalau korang kena berhenti kerja secara beramai-ramai, ianya memang jelas bukan satu personal attack.

3. Belum masanya lagi untuk tandatangan sebarang dokumen!



Jika HR panggil korang untuk tandatangan sebarang surat atau dokumen, jangan terus sahaja lakukannya! Minta mereka untuk bawa dokumen itu ke rumah dan teliti sebaik-baiknya. Mana tahu, mungkin surat itu ada terkandung sebarang maklumat yang akan memakan diri korang balik.


4. Dapatkan maklumat jelas daripada HR



Ini saat paling genting untuk korang dapatkan kesemua maklumat penting secara terperinci. Tahu, memang akan beremosi sikit bila dah kena sebegini tetapi cuba kawal perasaan itu dan selesaikan segalanya sebelum meninggalkan office.
Pergi ke department HR dan tanyakan mengenai gaji, pampasan, bagaimana dengan cuti yang tidak digunakan dan lain-lain. Tanya biar sampai jelas.

5. Pastikan kesemua dokumen penting tidak ditinggalkan sebegitu



Kalau korang diberi masa untuk pergi ke meja dan berkemas, gunakan masa itu dengan simpan kesemua file personal yang penting ke dalam pendrive dan delete daripada computer. Hapuskan kesemuanya agar tidak disalah guna kelak.
Ingat, performance report, portfolio dan apa sahaja yang boleh membantu korang untuk dapatkan kerja perlu diambil.


6. Minta recommendation dari majikan



Sebab itu lah pentingnya untuk beredar dari office dengan setenang yang mungkin. Kekalkan hubungan yang bagus dengan bekas majikan atau rakan sekerja agar korang boleh minta kebenaran mereka untuk dijadikan sebegai reference list.
Lagi bagus kalau mereka boleh berikan satu recommendation letter kepada korang. Boleh terus berikan itu kepada bakal majikan yang lain.

7. Tak perlu nak lakukan sesuatu yang korang bakal sesali kelak



Perkara ni biasa sangat berlaku dimana bekas pekerja mencampakkan barang, menjerit dan melakukan tindakan yang drastik atas sebab emosi. Habis semua dendam kesumat yang disimpan selama ini dilempiaskan tanpa kawalan.
Korang patut kekal professional dan siapa tahu lambat laun ni korang perlukan pertolongan bekas majikan ke, betul tak?

8. Cuba telefon ahli keluarga atau kenalan dan luahkan semuanya



Ada masanya kita tak cukup tabah untuk hadapi seorang diri. Jangan rasa segan untuk luahkan pada ahli keluarga atau kenalan rapat. Ambil masa untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dan pasti korang akan rasa puas kerana beban sudah berkurang.
Mereka ini lah yang akan berikan korang sokongan padu untuk bangkit semula. Malah, mereka juga akan berikan korang nasihat serta mungkin pandangan bernas dalam menghadapi masalah tersebut.

9. Ambil "short vacation"



Cuba ingat balik, bila kali terakhir korang ambil cuti dan rehatkan minda daripada lambakan kerja? Selama ni terlalu sibuk sangat dengan kerja sampaikan raya pun terpaksa bekerja. Ha, apa lagi? Ini lah peluang untuk nak rehatkan diri sepuas-puasnya.
Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri dan rehatkan diri dan minda. Korang berhak untuk bercuti selepas kesemua masalah yang melanda ini.

10. Kalau ada yang bertanya, siap-siapkan dengan jawapan yang padu!



Tak bersedia lagi untuk nak bercakap mengenai hal ini? Apa kata korang siap-siapkan dialog apa yang mahu dijawabkan kalau ditanya oleh kawan-kawan. Korang boleh balas dengan bersahaja seperti “Oh company baru je tutup, jadi sekarang tengah cari kerja baru.”



Artikel ini disumbangkan oleh Maukerja.my - dapatkan info kerjaya terkini di maukerja.my
Dikuasakan oleh Blogger.