Header Ads

"Kami tidak benarkan mereka menggunakan telefon bimbit sehingga umur 14 tahun" - Bill Gates

Manusia terkaya di dunia, Bill Gates, berkata dia tidak membenarkan anak-anaknya untuk memiliki telefon bimbit sendiri sehingga mereka berusia 14 tahun.

Bill Gates membuat pendedahan itu ketika satu temubual pada Khamis dengan The Mirror.

Bukan sahaja meletakkan had usia, Bill Gates juga mengehadkan masa untuk anak-anaknya menggunakan peranti itu sebelum tidur. Malah, peranti itu juga diharamkan sama sekali ketika di meja makan.


Bill Gates dan isteri, Melinda mempunyai tiga anak mereka iaitu Jennifer, 20, Rory, 17 dan Phoebe, 14.

Biarpun Bill Gates mempunyai peranan besar dalam revolusi dunia teknologi kini, beliau masih berfikir bahawa mesti ada had antara peranti itu dan kanak-kanak.


"Kita selalu lihat bagaimana ia(telefon pintar) boleh digunakan untuk tujuan yang bagus - kerja rumah, berhubungan dengan rakan - dan juga dimana ia(penggunaan) sudah berlebihan.

"Kami tidak menggunakan telefon bimbit di meja tempat kami makan, kami tidak berikan telefon bimbit sehingga mereka (anak-anak) berumur 14 dan mereka bising budak-budak lain sudah mendapatnya terlebih awal." kata Bill Gates.

The Mirror juga melaporkan billionair itu memakai jam Casio bernilai $10 (~RM44) ketika temuramah itu.


Dikuasakan oleh Blogger.