Header Ads

Berapa banyak urine yang terkandung dalam kolam renang umum?

Hanya segelintir orang yang mempunyai kolam renang peribadi, sebahagian besar yang lain mempunyai hobi berenang di kolam renang umum . Tapi pernah tak kita terdetik difikiran kita, berapa banyak air kencing yang mungkin terkandung dalam kolam renang umum?

Kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik di Kanada berjaya mengetahui berapa banyak rata-rata urine di kolam renang awam. Mereka menggunakan pemanis buatan yang disebut sebagai Acesulfame potassium (ACE) yang terkandung dalam pelbagai produk penggunaan.
Kenapa mereka mengguna ACE?  kerana tubuh manusia tak dapat mengurai ACE, sehingga kompaun tersebut dinyahkan melalui saluran air kencing. Meskipun demikian, kompaun itu tetap dapat dikesan di dalam air, dalam pelbagai peringkat pH dan suhu.

Para penyelidik memantau dua kolam renang umum selama tiga minggu. Satu kolam kecil menampung 110,000 gelen air, sementara yang lainnya menampung 220,000 gelen air.

Berdasarkan ukuran ACE, para penyelidik menganggarkan bahawa selama tiga minggu, orang-orang mengeluarkan rata-rata 7.92 gelen air kencing di dalam kolam kecil, dan hampir 20.0 gelen di kolam besar.

Urine mengandungi sebatian nitrogen, seperti urea, ammonia, asid amino dan kreatinin. Sebatian-sebatian tersebut  bertindak balas dengan disinfektan (seperti kaporit) dan menyebabkan sakit mata dan sesak saluran pernafasan. Beberapa orang seperti perenang profesional dan pekerja di kolam renang telah dilaporkan menderita asma, yang dihubungkan dengan banyaknya masa yang mereka habiskan di kolam renang.
Pada masa ini, tak ada cara mudah untuk mengesan air kencing secara langsung di kolam. Kecuali, jika kita melihat aliran air warna kuning yang keluar dari baju renang seseorang yang berhampiran dengan kita.

Untuk meminimakan bahaya penyakit yang mengancam para pengguna kolam renang awam, Lindsay Blackstock membuat satu kajian,  dari University of Alberta,beliau menekankan pentingnya pendidikan kepada masyarakat mengenai cara kebersihan di kolam renang dengan baik.

"Kami sangat menyarankan keapda para pengguna kolam renang, hendaklah membilas tubuh mereka terlebih dahulu sebelum memasuki kolam renang. Selain itu, kita harus mempertimbangkan tentang orang lain dan keluar dari kolam renang sekiranya mahu buang air , "katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.