Benarkah wanita itu penggoda? Ini pesanan buat wanita di luar sana


[WANITA ITU PENGGODA?]

beberapa minggu lepas, telah masuk ke dalam Watson sementara menunggu abang selesaikan urusan. Pusing-pusing sambil tolak stroller fayyadh, melihat jenis-jenis produk kosmetik.

Tengah membelek dengan penuh tanda tanya tentang perbezaan istilah lips balm, lips ice dan pelbagai lips yang lain yang sampai kesudah tidak dapat dipastikan perbezaan mereka, terdengar suara dari belakang,

"maskara jenis tu ha.." dan perbualan lain dari arah belakang tentang jenis-jenis maskara untuk dipilih.

Terus pusing belakang untuk beri laluan. eh?!

Dalam 3-4 orang anak perempuan muda berusia lebih kurang 12-14 tahun rupa-rupanya pemilik suara-suara tersebut.

Hanya mampu senyum kepada mereka dan bergerak keluar kerana laluan sempit tidak sesuai untuk menghimpunkan kami 'berhalaqah'.
...............................................

sesungguhnya melihat anak-anak perempuan disibukkan dengan kecantikan untuk menjadi daya tarik lelaki adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Kita tidak pernah diciptakan untuk itu wahai wanita.

Kita adalah makhluk mulia yang merdeka, tidak pantas menjadikan makhluk lain sebagai tanda aras untuk menilai kecantikan kita. Kita adalah makhluk yang mampu bercita-cita lebih luas dan raksa dari itu, dari sekadar ingin menjadi siulan lelaki jalanan.

Jangan pernah membiarkan diri kita mengiyakan tuduhan bahawa kita adalah makhluk penggoda yang penuh tipu muslihat, memanipulasikan senjata wanita untuk mempengaruhi lelaki.
...............................................

Dalam surah Yusuf ayat 28, semasa peristiwa isteri alaziz cuba menggoda Nabi Allah Yusuf dan gagal, al-aziz yang muncul dan terbukti akan kebenaran di pihak nabi Yusuf a.s., al-aziz dengan marah membentak isterinya, "sesungguhnya tipu muslihat kamu amat dahsyat!" (inna kaidakunna 'adzim).

Manakala dalam surah anNisa' ayat 76, Allah menyebut , "sesungguhnya tipu muslihat syaitan itu lemah" (inna kaidasysyaitani kana dho'ifaan).

Peristiwa isteri al-aziz ini telah membuatkan seluruh wanita di kemudian harinya terpikul dengan beban tuduhan sebagai punca segala kemaksiatan. Sehingga ada segelintir ulama' yang menyoal, "apakah kejahatan tipu daya dan godaan yang paling dahsyat, wanita atau syaitan?" Maka mereka menyimpulkan bahawa, "aku lebih takut dengan wanita melebihi takut aku kepada syaitan kerana Allah menyebut godaan syaitan itu lemah tetapi tidak bagi godaan wanita".

MASYAALLAH.

Sedangkan yang menyebut tentang godaan wanita itu dahsyat adalah dari lidah seorang manusia yang lainnya, dan hanya tercatat dalam alQuran sebagai sebahagian dari kisah nabi Allah Yusuf. TETAPI yang menyebut tentang godaan syaitan adalah Allah PEMILIK LIDAH ALQURAN sebagai pujukan bagi mukmin untuk bertahan melawan tipu muslihat, godaan dan bisikan kejahatan dari syaitan.

TIDAK LANGSUNG BERKAITAN ANTARA KEDUANYA APATAH LAGI UNTUK MEMBANDINGKAN ANTARA KEDUANYA.

dari salah faham ini muncul terlalu banyak tanggapan-tanggapan salah terhadap wanita sehingga ada pepatah arab yang berbunyi, "keseluruhan bagi wanita adalah kejahatan. dan kejahatan yang ada dalam dirinya itu tidak lain dan tidak bukan adalah kejahatan memang berpunca dari dirinya".

Maka muncullah rape myth yang menyalahkan mangsa melebihi salahnya pemangsa yang merogol. Rogol tidak akan berlaku bukan jika seluruh masyarakat itu bertudung labuh, tetapi rogol itu tidak akan berlaku jika tidak ada lelaki yang berkehendak untuk merogol.

Ingatlah perintah Allah adalah "lelaki, tundukkkan pandangan matamu! dan perempuan, labuhkan kerudungmu!"
..................................

Justeru sangat PENTING pendidikan bagi anak-anak bagi kedua-dua jantina dengan pendidikan yang adil dan bijaksana.

Anak-anak lelaki dididik untuk menjaga pandangan mata dan takut untuk melakukan kejahatan atau keburukan kepada manusia lain kerana Allah menciptakan setiap makhluk itu mulia dan tiada yang berhak untuk dihina dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Dia yang paling dahulu mesti lari dari situasi yang mendorong ke arah kejahatan bukan dengan mencari-cari peluang untuk berbuat jahat.

Anak-anak perempuan pula dididik untuk menghargai ciptaan Allah pada dirinya tanpa perlu mengambil pakai ukuran manusia lain semata-mata untuk mengejar populariti. Wanita tidak diciptakan untuk memenuhi syahwah lelaki semata. Wanita perlu ada visi dan misi hidup untuk merubah dunia ke arah yang lebih baik. Peluang menjadi manusia adalah peluang menjadi makhluk yang punya impian dan cita-cita, bukan hanya tahu mencari keuntungan dengan jalan godaan.

Semoga Allah melindungi generasi kita dari kejahilan dan kerosakan.

Sumber: Nurul Hasna' Hazni

Kongsikan Artikel Ini



Nama

amazing,1,artis,11,awesome,33,bagaimana,8,berita,17,cinta,49,comel,26,cool,144,design,19,diy,20,dunia,2,fail,2,fakta,1,gadget,6,gambar,582,ganas,1,geli,4,gif,3,hiburan,5,humor,3,idea,1,iklan,1,info,83,inspirasi,74,islam,27,jenayah,2,jutawan,94,jutawan dua,48,karut,14,kehidupan,55,keluarga,2,kenderaan,1,kerjaya,4,kesihatan,16,klasik,1,koleksi,33,konsep,21,kreatif,134,lawak,2,lawatan,131,lol,27,lol.,1,makanan,2,media sosial,1,menarik,49,motivasi,10,motivasi hidup,9,ngeri,14,ninetology,4,oops,1,pelik,83,percutian,7,quiz,1,rumah idaman,55,sadis,6,samsung,1,semasa,293,seni,8,seram,2,teknologi,6,test,1,tips,51,troll,2,unik,9,video ceramah,3,video menarik,294,viral,5,wow,6,wtf,90,
ltr
item
Nakbebel: Benarkah wanita itu penggoda? Ini pesanan buat wanita di luar sana
Benarkah wanita itu penggoda? Ini pesanan buat wanita di luar sana
https://2.bp.blogspot.com/-w_DqeXhTSPY/WOEEaR_SJpI/AAAAAAAAFHg/8oSz9zNSk1IRu0UuZIjJGnMMEkCFYl1QwCLcB/s1600/43755401_S.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-w_DqeXhTSPY/WOEEaR_SJpI/AAAAAAAAFHg/8oSz9zNSk1IRu0UuZIjJGnMMEkCFYl1QwCLcB/s72-c/43755401_S.jpg
Nakbebel
http://www.nakbebel.com/2017/04/benarkah-wanita-itu-penggoda-ini.html
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/2017/04/benarkah-wanita-itu-penggoda-ini.html
true
6864137901274687103
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts LIHAT SEMUA Teruskan Membaca Balas Cancel reply Delete Oleh Home PAGES POSTS View All Anda Mungkin Berminat Dengan.. LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Ruangan Ini Khas Untuk Pengikut Nakbebel Sahaja Sila like untuk buka Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy