Header Ads

Ayuh Ladies, Oleskan Bibirmu Dengan Gincu Perisa Kari Ayam

Tanya je wanita diluar sana, cara paling senang untuk kelihatan menarik adalah dengan mengoleskan sahaja gincu dibibir.
Biasanya wanita lebih cenderung untuk memilih gincu yang mempunyai warna menarik dan bau yang wangi untuk keselesaan serta tampil yakin di depan orang ramai.
Namun cuba bayangkan ada gincu yang berperisa kari? Kenapa tidak bukan?

Ye, memang ada wujud gincu berperisa kari dan produk ini tentulah berbeza dengan apa yang ada dipasaran.
Sebuah syarikat di singapura, NEO Garden mengeluarkan gincu beraroma ekslusif ini bagi memenuhi wanita moden masa kini.
Dipanggil sebagai Curry Bombshell, ianya berwarna oren dan berbau seperti kari ayam.

Lagi menarik, Gincu ini mengandungi bahan seperti kelapa, cili, serai serta 100 peratus bahan semula jadi, untuk memastikan bau gincu dan rasa "pedas" adalah sama rasa seperti rasa kari ayam sebenar.


Sumber: mforum.com
Dikuasakan oleh Blogger.