Header Ads

Anda tidak akan meninggalkan sarapan pagi selepas membaca ini


Kita semua tahu bahawa sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting untuk kesihatan badan kita. Tapi adakah kira benar-benar tahu kenapa kita perlu melakukannya?
Disini admin kongsi kan beberapa maklumat berharga mengenai topik ini agar dapat membantu korang faham apa kepentingan sarapan pagi.

1- Dapat mengurangkan berat badan
Menurut kajian, 50% orang yang tidak mengambil sarapan pagi akan lebih mudah mengalami berat badan yang berlebihan. Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih dari keperluan kita. Ini mennyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.

2- Membekalkan Tenaga 
– Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.

3- Membentuk permakanan kita sepanjang hari
– Menurut satu kajian, sarapan pagi mempengaruhi tabiat permakanan seharian kita. Jika kita mengambil makanan yang tidak sihat, kita akan cenderung untuk mengamalkan tabiat permakanan yang tidak sihat sepanjang hari. Sarapan juga membantu menurunkan berat badan. Jadi, jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi kita okay? 

4-Memastikan metabolisme badan sentiasa pada tahap optimum
– Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar signal untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mode berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan.

5-Memenuhi nutrisi yang diperlukan

Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.

6-Mencegah daripada sakit jantung
Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.

7- Membuat mood kita menjadi lebih happy
-Kemungkinan ini kedengaran agak pelik tetapi inilah yang sebetulnya kerana siapa yang tak suka dan taknak makan. kalau tak dapat makan sehari pon dah boleh buat badmood.
Dikuasakan oleh Blogger.