Header Ads

Anda Mahu Bersenam, Tapi 6 Punca Ini Membuatkan Anda Sukar Untuk Bersenam

Senaman adalah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Penting tau senaman ni.
Ada juga antara kita yang terlalu sibuk bekerja sampai tak sempat nak bahagikan masa untuk bersenam kan? Banyak kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita sekiranya kita kerap melakukan aktiviti senaman, tak kiralah apa jenis senaman yang kita buat. At least once or twice a week pun dah cukup. Badan kena berpeluh juga, jangan terperap je dekat rumah or asyik pergi mall/jalan-jalan cari makan je. Kita jaga badan time muda, nanti time dah tua takde lah banyak penyakit yang mendatang kan. Badan kita pun akan berterima kasih kat kita nanti hehe


1. Anda seorang yang Workaholic

Korang seorang wanita yang bekerjaya atau lebih dikenali sebagai workaholic lady. Yang 24/7 fikir pasal kerja, walaupun lepas waktu bekerja. Wah mana tak nya, weekdays korang dah sibuk dengan kerja. Balik kerja mesti dah penat. Weekend pulak satu-satunya masa untuk korang spend dengan family. Kan? Memang tak ada masa extra lah untuk korang nak bersenam. Haaa, itu antara cabaran wanita bekerjaya. Tapi kalau boleh tu kena curi sikit masa untuk exercise tau!

2. Cuaca yang tak menentu.

Hujan atau pun terlalu panas. Time tengah semangat nak bersukan ada je yang menghalang. Sobs sobs. Kadang-kadang korang tak sempat nak bersenam diwaktu pagi sebab kerja whatnot, mungkin ada yang start bersenam malam or petang lepas balik kerja. Tapi dan dan je time korang dah ada mood nak bersenam, benda lain pulang menghalang. Alamak aiiih terus potong mood! Hmmm


3. Badan tak cukup fit nak bersenam

Badan korang tak cukup fit untuk bersukan sebab selalu sembelit. Waaaaarghhh stressnyee! Lain pulak masalah sekarang, tadi korang rasa korang terlalu busy untuk bersenam, pastu masalah cuaca yang tak menentu. Haaa kali ni ada pulak masalah baru yang memang tak dapat dielakkan. Mungkin ada sesetengah daripada kita semua menghadapi masalah sembelit yang berlanjutan. So, apa korang patut buat untuk at least mengelakkan masalah sembelit ni? Taking baby steps to prevent constipation dengan pengambilan lebih fiber dan minum lebih mineral water. Sangat berkesan! Cubalah dulu..

4. Takde sports attire yang lengkap sebab jarang bersenam. 


Benda ni berlaku bila korang langsung tak pernah pergi shopping for sports attire, bila nak pergi bersenam mula lah teringat yang korang langsung tak ada baju. Admin cadangkan, setiap beberapa bulan sekali tu pergi lah shopping untuk sports attire jugak. Jangan asyik nak shopping baju casual, make ups, handbags, kasut dan sebagainya. Sports attire penting jugak tau.

Mana tahu korang tetiba rasa nak sign-up for gym ke, masuk Spartan Race ke. Kan senang kalau semua attire yang diperlukan dah tersedia.

5. Low-self esteem untuk bersukan. Insecure katanya


Hmmm insecure lah semua orang badan cantik je, shape pun cantik je. Ada yang mungkin malu untuk bersenam sebab badan tak cantik or mungkin gemuk dan sebagainya. Biasalah semua orang pun ada perasaan insecure dengan diri sendiri.

Bila tengok semua orang badan fit je, mula lah rasa down kenapa korang tak macam tu kan huhu. Sebenarnya inilah masa korang untuk mengubah semua tu, kena start bersenam. Paling-paling pun 30-40 minit sehari pun dah cukup tau. Minum mineral banyak, itu yang penting!


6. Keadaan kesihatan yang tak izinkan
Sakit perut lah, sakit kepala lah, badan rasa lemau lah. Ini memang tak dapat dinafikan, selalu jatuh sakit jadi susah untuk melakukan apa-apa senaman. Korang akan rasa nak ada atas katil je, melepet habis lah.

Dikuasakan oleh Blogger.