Header Ads

9 Punca anda selalu ada masalah duit dan rezeki susah masuk!

Nikmat pemberian rezeki itu milik Allah.Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini telah diaturkan rezekinya oleh Allah swt. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa kita cari. Mungkin kita dapat klasifikasikan banyak jenis rezeki. Rezeki itu bukan sahaja dalam bentuk wang kertas. Kebahagian yang kita ada itu sebahagian daripada rezeki. Kewujudan keluarga sakinah yang dimiliki juga sebahagian daripada rezeki yang Allah aturkan buat kita semua. Ucaplah Alhmadulillah. Tapi mengapa rezeki susah nak masuk untuk seseorang itu?Dimanakah silapnya?


1- BERKIRA UNTUK MEMBANTU MEMUDAHKAN HAL YANG BAIK

-Selalu lambat ataupun payah dalam memberi bantuan untuk hal-hal yang mendorong kearah kebaikkan.Contohnya sukar untuk memberi derma untuk bertujuan kearah kebaikkan.

2- ASYIK MENCANANG PERIHAL DUIT YANG TIDAK CUKUP DALAM URUSAN SEHARIAN

-Contohnya kebanyakkan daripada kita suka memperkatakan sesuatu perkara tanpa berfikir.Antaranya melibatkan perihal duit."Aku takde duitlah".Tapi yakinlah rezeki yang Allah aturkan untuk kita.Yang penting usaha mencari rezeki itu.

3- BERKIRA UNTUK BERSEDEKAH WALAUPUN RM1

-Tidak suka untuk memberi sedekah.Tapi untuk suka untuk memhabiskan untuk sesuatu yang tidak penting dan lebih kepada membazir.Rezeki yang Allah kurniakan itu hendaklah diagihkan dan dikongsikan dengan mereka yang tidak berkemampuan.InshaaAllah tak akan berkurangnya harta itu malahan bertambah!

4- BANYAK MELAKUKAN MAKSIAT

-Banyak memlakukan perkara maksiat sehingga pintu rezeki menjadi sempit dan rezeki sukar untuk hadir kepada seseorang.Bersama memperbetulkan apa yang kurang itu.

5- TIDAK BERSYUKUR ATAS NIKMAT REZEKI

-Tidak menzahirkan rasa syukur dengan nikmat rezeki yang dikurniakan.Contohnya bila time gaji masuk.Selalu juga ada menyebut "Alah RM600++ je".Bersyukurlah dengan apa yang ada.

6- RIAK BILA BERSEDEKAH

-Suka menunjuk-nunjuk dalam melakukan sedekah.Sedekah itu bertujuan untuk menunjuk kepada orang ramai bukan niat ikhlas untuk membantu.Agar dijauhkan daripada semua ini.

7- KURANG BERISTIGFAR

-Kurang beristigfar bermakna kurang mengingati Allah.Bila kita jauh daripada Allah, Allah pun akan menjauhi kita.Sedarlah bahawa segala yang berlaku adalah atas ketentuan Allah.Belajar memperbaiki diri.

8- SUKA MENGUNGKIT PEMBERIAN YANG DIBERI

-Selalu berlaku di persekitaran kita.Barang ataupun perkhidmatan yang diberikan suka diungkitkan kembali.Jadi jangan mengungkit atas segala benda yang kita sumbangkan.
Dikuasakan oleh Blogger.