Header Ads

8 soalan yang mudah ini dapat membantu anda memahami diri sendiri

Soalan-soalan berikut boleh memberikan pandangan yang menarik pada minda dibawah sedar. Jangan berfikir tentang jawapan terlalu lama; hanya bayangkan perkara pertama yang terdetik dalam kepala korang.

1-Bayangkan korang sedang berjalan dihutan dengan seseorang. Siapakah orang itu?

2-Korang sedang berjalan dihutan dan melihat ada haiwan yang tidak berapa jauh dengan korang. Haiwan  apa yang korang nampak itu?

3-Apa yang yang korang buat bila nampak haiwan tersebut?

4- Selepas itu, korang pun terus berjalan melalui hutan tersebut. Kemudian korang ada nampak satu buah rumah idaman korang. Berikan gambaran tentang saiz rumah tersebut?

5-Adakah rumah idaman korang tu mempunyai pagar di sekelilingnya?

6-Kemudianya korang pon pergi masuk kedalam rumah itu. Korang pergi ke ruang makan untuk melihat apa yang ada di meja makan itu. Terangkan apa yang korang nampak di atas meja dan di sekelilingnya.

7-Lalu korang pun tinggalkan rumah itu melalui pintu belakang, dan melihat ada satu cawan di atas rumput. Cawan tersebut diperbuat dari apa?

8- Apa yang korang buat bila nampak cawan itu tadi?

Jawapan yang korang fikir tadi memberi petunjuk kepada nilai dan cita-cita korang. Ini adalah jawapan yang korang fikirkan tadi.

1- Orang yang berjalan bersama-sama dengan korang itu adalah orang yang sangat penting dalam hidup korang.

2- Haiwan yang korang bayangkan itu menunjukkan berapa besar masalah yang korang hadapi sekarang. Semakin besar haiwan tersebut, semakin besar masalah yang korang hadapi dalam minda dibawah sedar korang.

3-Cara korang memberi tindak balas kepada haiwan itu tadi menunjukkan apa Kaedah / Cara yang paling biasa korang buat dalam menyelesaikan sesuatu masalah samaada agresif, pasif, atau korang mengelakkan berurusan dengan mereka sama sekali.

4-Saiz rumah yang korang nampak mendedahkan saiz kepada cita-cita korang. Kalau ia sangat besar, mungkin korang berharap sesuatu yang tinggi tentang kehidupan korang.

5-Jika rumah yang korang nampak itu tidak mempunyai pagar, maka korang adalah orang yang mempunyai pemikiran yang terbuka . Jika ia ada pagar, bermakna korang ingin mempunyai ruang peribadi sendiri dan inginkan orang lain menghormatinya dalam erti kata lain tidak menceroboh ke dalam ruang peribadi orang lain tanpa kebenaran.

6-Jika korang tidak melihat apa-apa makanan, bunga atau orang di ruang makan itu, berkemungkinan bahawa korang tengah dalam keadaan sedih dan ingin bersendirian buat seketika.

7-Kekuatan dan ketahanan bahan daripada cawan itu diperbuat, menunjukkan bagaimana kekuatan dan daya tahan korang mentafsir hubungan dalam keluarga yang korang inginkan. Adakah ia satu cawan plastik pakai buang, atau yang diperbuat daripada kaca? Jika benar, ini menunjukkan bahawa korang takut kepada masa depan keluarga korang. Jika ia diperbuat daripada logam , ini menunjukkan bahawa korang bimbang tentang masalah ini kerana ianya cukup kukuh.

8-Tindakan korang di sini adalah ciri hubungan korang dengan orang yang korang pilih semasa soalan no 1 tadi.

Peringatan: Korang boleh menjawab ujian ini beberapa kali sepanjang beberapa hari. Mungkin jawapan yang difikirkan semasa mula-mula menjawab akan jadi berbeza. Idea utama di sebalik ujian ini adalah  menggambarkan keadaan psikologi dan emosi korang pada masa yang tertentu, dan bukannya mendedahkan asas psikologi atau asas keperibadian korang. Selamat mencuba
Dikuasakan oleh Blogger.