Header Ads

8 perkara yang sangat menjengkelkan kerap dilakukan oleh pemandu jalan raya


1.  Menggunakan telefon bimbit.Memang menjadi kebiasaan kepada pemandu di serata dunia untuk menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Kalau guna telefon rumah atau telefon awam, memang tak masuk ‘dek’ akal lar ye. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu sangatlah bahaya. Samaada untuk diri sendiri, mahupun untuk orang lain. Bagaimana ianya mendatangkan bahaya? Andai sahaja ketika anda menerima panggilan dari seseorang yang mengatakan sesuatu perkara yang mengejutkan pemikiran anda. Secara langsungnya, pemanduan anda menjadi tidak menentu hingga menyebabkan anda hilang daya untuk mengawal kenderaan anda. Oleh yang demikian, letakkan telefon bimbit anda ketika memandu atau anda tetap berdegil untuk menjawab panggilan (keras kepala) tersebut, berhentikan dahulu kenderaan ditempat selamat dan jawablah seberapa lama yang anda mahukan.
2. Memandu laju tanpa melihat keadaan jalanraya.
Semua orang ingin sampai cepat ketempat yang dituju. Tapi adakah permukaan jalan yang anda lalui itu selamat. Misalnya dilebuhraya Plus, hadlaju telah ditetapkan tetapi hadlaju itu hanya untuk permukaan jalan yang kering dan selamat. Bagaimana pula jika hujan? adakah anda akan memandu dengan laju sehingga mengorbankan nyawa yang tidak bersalah. Oleh itu, jika anda ternampak pemandu yang memandu begitu dan kemudian anda juga ikut cara pemanduan tersebut, anda adalah b***h.!
3. Penggunaan signal.
Bila mahu belok kekanan,signal kekiri dan sebaliknya. Apa kejadahnya ini semua. Ada pula yang hanya menghidupkan signal sepangjang perjalanan. Orang belakang punyalah tunggu, dia ni nak belok ke tak. Hampeh betul. Tolonglah check sikit bila memandu. Masa belajar lesen dulu kan pernah diajar semua itu. Membiarkan signal terpasang adalah sangat merbahaya dan membelok tanpa memasang signal juga merbahaya. ish
4. High beam.
Ini selalunya terjadi pada waktu malam. Ianya sangat merbahaya kepada pemandu lain. Memang difahamkan bahawa penglihatan kita sangat terhadap pada waktu malam dan kita memerlukan cahaya yang banyak untuk memudahkan kita melihat jalan tetapi tidak semestinya kita perlu memasang high beam setiap masa. Cuba anda bayangkan cahaya dari rumah api atau 100000 cahaya lilin dipancarkan terus kemata anda. Bukankah ianya akan mendatangkan bencana. Jika ada kenderaan lain dari arah bertentangan yang menggunakan high beam, anda bolehlah beri isyarat dengan menggunakan cara yang sama iaitu high beam sekejap sahaja. Bukannya anda sekali terikut-ikut dengan menggunakan high beam juga. Lain pula jiak kenderaan dari belakang menggunakan high beam, anda bagi dia potong lepas itu anda pula bagi high beam baru dia rasa bagaimana anda rasa.
5. Dua parking untuk satu kenderaan. 
Yang ini bikin panas. Tah macam mana dia ambil lesen dulu. Boleh pula double parking. Ingat tahan pakcik dia kot. Anda semua kenalah timbang rasa sedikit terhadap orang lain. Orang lain juga memerlukan parking bukan hanya anda seorang. Bayangkanlah jika kereta kancil tapi memerlukan parking macam kereta kebal pula. Dunia dunia. Macam-macam masalah.
6. Menggunakan laluan kanan.
Alahai pemandu. Da tahu awak tu bawa kereta macam siput, tak perlulah berada di lorong paling kanan. Lorong kanan itu untuk kenderaan yang laju sedikit dari anda. Orang lain yang dekat belakang punyalah menyirap, tetapi anda buat-buat tidak tahu pula. Kalau ada kecemasan, mereka memerlukan lorang untuk memecut tapi jika anda yang bawa macam siput ada dekat lorang yang ditidak sepatutnya, kan da jadi masalah.
7. Tidak mengaku buat salah.
Para pemandu yang telah buat salah, apa salahnya angkat tangan tanda memohon maaf, bukan kena bayar. Bukankah memohon maaf perkara mulia. Ada sesetengah pemandu, telah sedar melakukan kesalahan tapi dengan tengan dan slamber je blah macam itu. Macam tiada apa yang berlaku. Jika anda tidak memulakan perkara ini, suatu hari nanti, perkara ini akan terjadi kepada anda dan anda rasalah sendiri perasaannya bagaimana.
8. Muatan berlebihan. 
Kenderaan kecil tapi belagak hendak bawa barang yang banyak-banyak. Bahaya sangat-sangat. Kalau anda semua ternampak kejadian ini, buat aduan biar pihak yang berkuasa melakukan tugas mereka. Bagaimana perkara ini terjadi? disebabkan ini menjimatkan masa dan kos yang lain. Tapi, jika ada nyawa yang melayang bagai mana pula.? Apapun tidak boleh dilakukkan.

sumber: sukacuka.com
Dikuasakan oleh Blogger.