Header Ads

6 Sebab Wanita Kasar Adalah Calon Isteri Terbaik!


Dalam bab memilih pasangan, kebanyakan lelaki inginkan wanita yang memiliki sifat lemah-lembut, sopan santun dan paling penting yang mendengar kata.
Tapi, bagaimana pula dengan wanita yang kasar atau tegas? Tiada mana-mana lelaki ke yang sukakan wanita jenis ini?

Ramai lelaki tidak tahu, sebenarnya wanita jenis kasar dan tegas kepala adalah calon isteri paling terbaik. Nak tahu sebab apa?

1. Dia sentiasa jujur dalam berkata-kata
Memang susah nak faham wanita. Lain dia cakap, lain yang mereka inginkan. Tapi wanita berpewatakan kasar ni jenis yang gemar berterus terang. Cakap lepas pun ada.
Mereka berpegang dengan prinsip,“Terima aku seadanya, kalau tak nak kau boleh blah!”.

2. Cabar anda untuk jadi lelaki lebih baik
Wanita jenis kasar ni semuanya nak buat sendiri tanpa bantuan lelaki. Jadi, wanita kasar ini membuktikan kepada kaum lelaki bahawa jika mereka boleh lakukan apatah lagi anda.

3. Gemar lakukan aktiviti menyeronokkan
Wanita kasar/tegas bukanlah jenis yang duduk rumah menonton televisyen sepanjang hari.
Mereka gemar bergerak, berjalan, melakukan sesuatu yang luar biasa. Jadi berpasangan dengan wanita sebegini lebih menyeronokkan.

4. Mereka jenis yang berdikari
Wanita kasar dan tegas tidak akan bergantung harap dengan lelaki. Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan melakukan semuanya sendiri.

5. Wanita kasar kurang membebel
Jika si lelaki terlupa melakukan beberapa perkara, wanita jenis ini akan segera lakukan tanpa perlu membebel. Wanita jenis ini akan pastikan sesuatu perkara itu terlaksana dari habiskan masa dengan berleter.

6. Anda tak perlu risau tentang keselamatannya
Jika pasangan anda keluar bersama rakan wanitanya, anda tidak perlu risau kerana mereka pandai menjaga diri.

Percaya atau tidak, jika terlibat dalam insiden tayar pancit, merek lebih gemar selesaikan masalah itu sendiri
Dikuasakan oleh Blogger.