Header Ads

5 sebab perempuan tidak perlu ucapkan ‘I Love U’ terlebih dahulu kepada lelaki

Kenapa Perempuan Tidak Perlu Ucapkan ‘I Love U’ Terlebih Dahulu. Seperti yang sedia maklum, lumrah kehidupan di dunia ini menunjukkan lelaki akan memulakan sesuatu perkara terlebih dahulu. Begitu juga dalam perhubungan, jarang kes yang menunjukkan si perempuan yang melamar lelaki terlebih dahulu.
Disebabkan itu, pada permulaan setiap perhubungan atau pada awal hubungan, pihak perempuan tidak patut menjadi orang pertama yang mengungkapkan perkataan ‘I Love U’ kepada pasangan mereka.

1. Lelaki Tak Peduli
– Jika di awal hubungan, pihak perempuan telah memberitahu lelaki bahawa dia menyintai lelaki tersebut. Pihak lelaki akan buat tidak kisah dan kadang seperti bermain tarik tali kerana lelaki tersebut tahu perempuan itu benar – benar menyintainya dan takut kehilangannya.
2. Lelaki Akan Terkejut
– Lelaki akan mengambil masa yang lama berbanding perempuan untuk memahami pasangannya dengan lebih rapat. Ungkapan cinta dari pihak perempuan pada awal perhubungan membuatkan lelaki terkejut dan memikirkan komitmen bagi mereka dihari akan datang.

3. Peluang Lelaki Untuk Curang
– Perempuan tidak seperti lelaki, perempuan apabila menyayangi lelaki, dia tidak akan menyembunyikan perasaan mereka dan perempuan tidak tahu berkongsi perasaan cinta kepada lelaki lain. Perempuan akan lebih setia kepada pasangan mereka. Lelaki yang tidak baik akan mengambil kesempatan ke atas perempuan seperti ini.

4. Lelaki Berfikiran Jauh
– Lelaki akan mula fikir jauh dan fikir masa depan iaitu bagaimana mereka mahu berkahwin, memiliki anak, menjadi ayah, memimpin isteri dan sebagainya.


5. Lelaki Sepatutnya Ucapkan ‘I Love U’ Terlebih Dahulu
– Lumrah kehidupan, sepatutnya lelaki yang perlu mengungkapkan sayang kepada pasangan mereka terlebih dahulu. Barulah gentleman kan? haha. Sebab perempuan terkenal dengan sifat pemalunya, jadi pihak lelaki haruslah memulakan terlebih dahulu.

# Tidak semua lelaki seperti yang ditunjukkan seperti di atas. Lelaki yang baik tidak akan memperlakukan wanita yang mereka sayang seperti itu. Mereka akan jaga perhubungan mereka dengan baik. Betul tak?
Dikuasakan oleh Blogger.