Header Ads

5 Penipuan Klise Yang Keluar Dari Mulut Penemuduga. Jangan Mengharap Sangat Lah!

Sebelum korang terjerat dengan penipuan daripada majikan ni, baik korang kaji dulu 5 penipuan klise yang sering kali diberikan. Semuanya hanyalah indah khabar dari rupa je!

Kalau korang rasa job seeker je menipu sewaktu interview, ternyata korang ni naif sangat. Ingat job seeker je ke yang suka menipu? Hey, majikan pun 2x5 je tahu tak? Cumanya korang tak berapa nak Nampak sangat dan terlindung dengan lagak professional mereka tu.

Biasanya mereka akan beri harapan tinggi pada job seeker dan rupanya ianya hanyalah ‘indah khabar dari rupa’. Korang sudah terjerat dalam penipuan! Tak guna nak menyesal di kemudian hari jadi baik korang perhatikan betul 5 lagak ini pada majikan sewaktu temuduga. Ada tak?

1. "Kami tak pasti berapa gaji yang patut diberi. So, kami akan bincang dengan pihak pengurusan nanti ye?”

Penipuan pertama: Sebenarnya mereka nak ambil korang bekerja tetapi gaji yang diminta tu melebihi daripada had. Jadi mereka berilah alasan sebegitu sehingga lah korang tandatangan perjanjian tanpa mengetahui berapa gaji yang diberikan.
Masuk je kerja nanti timbul lah penyesalan lepas dapat tahu gaji yang diberikan tak sampai langsung dengan apa yang korang minta. Bulat-bulat je kena tipu. Hmm..

2. "Gaji  dekat sini memang rendah sikit, tapi benefit dia bagus-bagus!”

Penipuan kedua: Ini pun ayat klise yang digunapakai oleh majikan sewaktu temuduga. Sebelum diorang disclose mengenai gaji, awal-awal lagi dah tabor ayat manis yang manfaat dekat company tu hebat-hebat dan banyak tak terkira.
Tapi cuba fikir balik, berbaloi ke manfaat tu dan boleh ke dia cover gaji korang? Ini sebenarnya trick untuk majikan nak cut cost dan juga mind trick agar korang rasa macam “eh menariknya kerja sini ada banyak manfaat.”

3. "Eh tak apa, kalau kerja banyak sangat, kami akna carikan pembantu”

Penipuan ketiga: Mereka akan jelaskan skop kerja korang dan kalau korang ni sudah ada pengalaman kerja mesti boleh evaluate banyak ke tak kerja yang diberikan dan boleh ke handle?
Bila korang beritahu yang skop kerja terlalu banyak, mereka akan cuba juga tarik dengan berikan janji manis bahawa mereka akan cari seorang pembantu buat korang. Jangan tertipu lah. Baik fikir dalam-dalam dahulu sebelum buat pilihan.

4. "Tunggu call daripada kami maybe minggu depan ke.”

Penipuan keempat: Habis je temuduga kalau korang Berjaya dapat kerja tu, mereka akan terus beri masa yang tetap bila nak telefon. Kalau setakat cakap “kami akan call awak semula” itu sebenarnya nak sedapkan hati je.
Lepas sebulan tak dengar khabar, faham-faham je lah yang korang tak dapat kerja tu. Memang tak ada harapan lah.

5. "Sebenarnya gaji yang awak minta ni melebihi bajet kami. Apa kata awak kerrja dahulu, dan kalau okay kami bagi increment”

Penipuan kelima: Ini janji mereka awal-awal kerja. Tapi bila dah sebulan bekerja dank orang buktikan dengan prestasi kerja yang bagus langsung diam je. Taka da langsung ungkit balik cerita mengenai increment ke naik pangkat ke.
Sah korang tertipu! Sia-sia je korang kerja separuh mati sebab nak kejar increment. Kesiannya.

Dikuasakan oleh Blogger.