Header Ads

4 cara mudah rampingkan perut tanpa perlu diet dan bersukan

1. Elakkan minuman manis
6 tahun bagi mereka yang minum minuman manis setiap hari akan mengalami penambahan 27 peratus lemak berbanding yang tak minum air manis. Air soda, jus, kopi dan smoothies yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan perut buncit. Dr. Robin Foroutan dari Nutrition and Diebetics Academy menyarankan minuman teh hijau/ teh biasa yang tanpa gula untuk mempercepatkan metabolisme kerana sebatian teh tersebut dapat membantu untuk mengurangkan lemak di perut.

2. Latihan meditasi
Tekanan yang terus menerus menyebabkan tubuh mengeluarkan 'kortisol', hormon yang mempercepatkan pengumpulan lemak di perut. Untuk mengurangkan tekanan itu, cubalah untuk bermeditasi. Caranya tutup mata dan letakkan tangan di perut. Fokuskan fikiran di perut sebagai asas tenaga dan kekuatan. Bernafas dalam melalui hidung selama lima minit atau lebih jika punya masa.


3. Makan sayur-sayuran
Makanlah sayur-sayuran dengan kuantiti yang agak banyak di siang dan lebih sedikit di malam hari. Cuba makan sup dan sayur-sayuran untuk menurunkan berat badan. Satu kajian di Diabetic Medicine mendapati bahawa pesakit diabetes mempunyai 2 ciri pola makanan iaitu vegetarian dengan menggabungkan latihan sukan aerobik sebanyak 3 kali seminggu  akan mengalami penurunan lemak diperut berbanding dengan makan makanan yang mempunyai karbohidrat biasa.

4. Matikan alat sebelum tidur.
Kurang tidur menyebabkan kenaikan berat badan. Sebuah kajian  di International Journal of Obesity mendapati bahawa orang yang tidur kurang daripada enam jam waktu malam akan mengalami kenaikan lebih daripada dua kali ganda lemak di perut berbanding yang tidur tujuh hingga lapan jam semalaman.



Dikuasakan oleh Blogger.