Header Ads

3 kebiasaan yang dianggap buruk ini sebenarnya mempunyai otak yang pintar

Tidak semua fakta dan kenyataan di dunia ini yang terungkap dengan jelas, tak terkecuali mengenal pasti nilai kecerdasan seseorang. Sebabnya, boleh jadi orang yang kelihatan seperti suka bermalas-malasan, tidak suka berteman, dan sering melontarkan perkataan yang menyinggung perasaan, ternyata mempunyai tahap kepintaran yang tinggi.

Tidak percaya? Ini tiga bukti saintifik mengenai isyarat-isyarat aneh ini yang menyatakan kecerdasan yang tinggi melalui perlakuan tersebut. Berikut adalah huraiannya:

Suka menyendiri
Penyelidik dari LSE dan Singapore Management University menganalisis data daripada 15,000 sampel ujian IQ manusia berusia 18 hingga 28 tahun.

Mereka mendapati, hasil kajian ini memperlihatkan bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dan mempunyai banyak teman mengaku tidak bahagia dan juga kebanyakan responden yang tinggal di penempatan yang padat dengan campuran hasil IQ yang rendah dan tinggi didapati juga tidak bahagia.

Penyelidik membuat kesimpulan bahawa keramaian rakan-rakan memberikan kesan yang buruk pada orang-orang yang mempunyai IQ yang tinggi. Jadi, kebanyakan orang-orang yang bijak lebih suka dalam keadaan bersendirian.

Malas bergerak
Kita berfikir, mereka yang mempunyai hobi menonton televisyen sepanjang hari, menonton movie, membaca buku berjam-jam, dan bekerja lewat malam di luar rumah sebagai orang yang pemalas.

Namun, hasil kajian dari Florida Gulf Coast University yang membuat ujian kognitif ("tindakan mental atau proses memperoleh pengetahuan dan pemahaman melalui pemikiran, pengalaman, dan deria.")pada puluhan manusia, mereka yang malas bergerak mempunyai IQ tinggi.

Hobi duduk dan tidak mahu banyak bergerak, menurut kajian, merupakan tanda seseorang yang mempunyai kemampuan berfikir yang sangat luas dan terperinci.

Suka bergurau sarkastik
Hasil kajian dari University of Vienna memperlihatkan, mereka yang suka kepada gurauan sarkastik dan suka menyinggung perasaan manusia lain mempunyai kecerdasan verbal serta non verbal rata-ratanya

"Penyelidikan ini membuat kesimpulan humor mengalami proses kognitif sama seperti komponen afektif yang baik. Pembolehubah-pembolehubah tersebut mempengaruhi kemampuan dalam mewujudkan konsep dan kecekapan dalam pelaksanaan sesuatu perkara, "Hasil kajian dari para penyelidik.
Dikuasakan oleh Blogger.