15 Perkara yang Berlaku Apabila Anda Mencintai Kehidupan Anda Berbanding Seorang Manusia


1. Anda tahu apa yang anda minati dan anda meluangkan masa untuk perkara tersebut.

Cinta itu indah, tetapi ia bukan segala-galanya. Terlalu banyak perkara yang boleh anda minati selain seorang manusia. Sebagai contoh, seni, fotografi, muzik, menulis, sastera, sukan, dan kerja.

Apabila anda mula jatuh cinta dengan kehidupan anda, seperti mana anda menggunakan masa dan tenaga anda dalam perhubungan, anda akan mempunyai masa untuk perkara yang menyinari hidup anda. Selain itu, kehidupan anda menjadi lebih memuaskan dan lengkap ketika anda fokus pada perkara-perkara tersebut berbanding bercinta.

2. Anda lebih memahami kehendak dan keinginan anda.

Jatuh cinta dengan kehidupan anda bermakna belajar apa yang anda cintai, apa yang anda ingini, dan apa yang anda perlukan. Ini bermakna fokus pada matlamat dan cara untuk mencapai matlamat tersebut. Malah, anda juga akan tahu apa yang inginkan daripada sebuah percintaan, dan anda boleh merancang masa depan yang baik.

3. Anda menghargai perhubungan yang sedia ada.

Hubungan yang romantik bukanlah satu-satunya perkara yang dapat memenuhi hidup anda dengan cinta dan kebahagiaan. Apabila anda fokus pada perkara lain berbanding kisah cinta anda, anda akan lebih meluangkan masa dengan orang yang memenuhi kehidupan anda - ahli keluarga anda, persahabatan, dan hubungan lain. Anda juga akan belajar nilai penting daripada hubungan anda dengan mereka.


4. Anda travel, meneroka, dan hidup dengan cara mementingkan diri sendiri.

Apabila anda jatuh cinta dengan hidup anda, anda akan hargai setiap minit. Anda ingin mengembara ke tempat-tempat baru, mencuba makanan baru, meneroka, dan hidup dengan cara yang anda mahukan. Cara ini tidak salah. Jatuh cinta dengan kehidupan anda bermakna mengambil kesempatan dengan apa yang anda ada dan mengejar perkara yang anda inginkan. Ini bermaksud anda benar-benar menikmati kehidupan.

5. Anda menukarkan perhatian anda kepada perkara lain yang penting dalam hidup anda.

Apabila anda tidak fokus pada percintaan, anda mengambil dan meluangkan lebih masa untuk perkara lain - kerjaya anda, hobi, masa depan, kewangan, dan sebagainya. Keutamaan anda telah berubah dengan cara yang lebih sihat.

6. Anda lebih meluangkan masa melakukan sesuatu, berbanding mengharap sesuatu berlaku.

Jatuh cinta dengan kehidupan anda bermakna anda tidak suka membazir masa. Anda tidak akan mengejar perkara yang tidak membina anda.


7. Anda menghargai nasihat daripada orang lain, dan meluangkan masa untuk mendengar.

Anda ingin belajar, ingin mempunyai pengalaman, ingin membesar, dan ingin bermotivasi. Maka, anda menghargai nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh orang lain dan anda bersedia dan rela menyokong orang yang mungkin memerlukan anda.

8. Anda akan menghargai setiap perkara walaupun perkara kecil.

Tiba-tiba, perkara kecil seperti matahari terbenam atau melihat seekor kucing yang terbiar di kaki lima memberi erti pada anda. Perkara-perkara kecil yang sering anda terlepas pandang ini membuatkan hidup anda lebih bermakna.

9. Anda sentiasa berusaha dengan cara yang lebih baik.

Anda mengejar sebuah kehidupan yang menyokong impian anda. Anda bersyukur dengan kehidupan anda sekarang, tetapi anda tidak pernah berpuas hati. Anda ingin mencapai lebih, dan lebih lagi, dan hidup dengan lebih baik. Anda sukakan potensi yang anda lihat dalam diri anda satu hari nanti dan anda sentiasa mencuba untuk membina diri anda.

10. Anda lebih meluangkan hari anda di luar atau di kawasan semulajadi.

Dunia di sekeliling anda kini lebih bernilai. Anda suka mendaki, berjalan, berbasikal, atau duduk santai di luar rumah. Anda suka meluangkan masa dengan kawan-kawan mahupun bersendirian sambil menikmati kecantikan dunia.


11. Hidup anda lebih lengkap dengan memori, pengalaman, dan perhubungan.

Apabila anda jatuh cinta dengan kehidupan anda, anda tidak mencari percintaan yang romantik untuk memenuhi hidup anda. Anda akan berasa lengkap dengan orang di sekeliling anda, pengalaman yang anda dapat, dan memori yang sentiasa dicipta. Kebahagiaan anda tidak lagi bergantung pada seseorang, tetapi pada perkara indah yang memberikan anda erti.

12. Anda lebih kerap berdoa, lebih merendah diri, dan bersyukur dengan apa yang anda miliki.

Setiap hari, kehidupan itu memberi kejutan kepada anda dengan kecantikannya. Anda akan mendapati diri anda bersyukur dengan nikmat yang anda miliki, dan anda bergantung pada kepercayaan anda untuk membantu anda ketika saat sukar. Anda percaya yang anda akan menemui cinta apabila tiba masanya.


13. Anda tidak lagi berasa sedih menjadi single.

Status 'single' tidak lagi menjadi beban atau sesuatu yang negatif. Anda tidak lagi mencari seorang kekasih untuk memenuhi lubang dalam hati anda. Malah, kebahagiaan anda bergantung pada pengalaman, minat, hubungan anda dengan orang lain, dan diri anda sendiri.

14. Anda akan kagum dengan diri anda setelah apa yang anda lalui dan siapa yang anda pada hari ini.

Apabila anda jatuh cinta dengan kehidupan anda berbanding seorang manusia, anda mula menghargai diri anda sendiri dan apa yang anda telah lalui. Anda mula melihat hikmahnya, dan bagaimana kejadian dalam kehidupan anda telah mengubah atau membentuk diri anda yang sekarang. Anda akan berasa kagum dengan diri anda dan teruja dengan siapa diri anda pada masa akan datang.

15. Anda telah belajar turun naik perjalanan dalam mencintai diri sendiri.

Kadangkala, anda berjuang untuk mencintai diri sendiri. Tetapi, disebabkan kehidupan anda telah bertukar daripada mencintai seseorang, anda belajar untuk menghargai hati dan minda anda. Anda belajar bahawa ianya okey untuk meletakkan diri anda terlebih dahulu. Anda belajar bahawa hanya anda sahaja yang dapat menentukan kebahagiaan anda. Dan anda belajar bahawa apabila anda mencintai kehidupan anda, cinta untuk seseorang itu akan datang apabila tiba masanya.


Kongsikan Artikel Ini



Nama

amazing,1,artis,11,awesome,33,bagaimana,8,berita,17,cinta,49,comel,26,cool,144,design,19,diy,20,dunia,2,fail,2,fakta,1,gadget,6,gambar,582,ganas,1,geli,4,gif,3,hiburan,5,humor,3,idea,1,iklan,1,info,83,inspirasi,74,islam,27,jenayah,2,jutawan,94,jutawan dua,48,karut,14,kehidupan,55,keluarga,2,kenderaan,1,kerjaya,4,kesihatan,16,klasik,1,koleksi,33,konsep,21,kreatif,134,lawak,2,lawatan,131,lol,27,lol.,1,makanan,2,media sosial,1,menarik,49,motivasi,10,motivasi hidup,9,ngeri,14,ninetology,4,oops,1,pelik,83,percutian,7,quiz,1,rumah idaman,55,sadis,6,samsung,1,semasa,293,seni,8,seram,2,teknologi,6,test,1,tips,51,troll,2,unik,9,video ceramah,3,video menarik,294,viral,5,wow,6,wtf,90,
ltr
item
Nakbebel: 15 Perkara yang Berlaku Apabila Anda Mencintai Kehidupan Anda Berbanding Seorang Manusia
15 Perkara yang Berlaku Apabila Anda Mencintai Kehidupan Anda Berbanding Seorang Manusia
https://2.bp.blogspot.com/-vxT85mT6_uk/WOZAm-azQ7I/AAAAAAAAFKU/OeJzIkaTCmoE8V1Xnb2f3O83Uj4PHtkmwCLcB/s1600/shutterstock_207408331.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-vxT85mT6_uk/WOZAm-azQ7I/AAAAAAAAFKU/OeJzIkaTCmoE8V1Xnb2f3O83Uj4PHtkmwCLcB/s72-c/shutterstock_207408331.jpg
Nakbebel
http://www.nakbebel.com/2017/04/15-perkara-yang-berlaku-apabila-anda.html
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/2017/04/15-perkara-yang-berlaku-apabila-anda.html
true
6864137901274687103
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts LIHAT SEMUA Teruskan Membaca Balas Cancel reply Delete Oleh Home PAGES POSTS View All Anda Mungkin Berminat Dengan.. LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Ruangan Ini Khas Untuk Pengikut Nakbebel Sahaja Sila like untuk buka Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy