Header Ads

Video Tertiris Menampakkan Artis Terkenal Melakonkan Watak Superhero


Satu video tertiris yang bertajuk “Dah tak sabar da… Malaysia’s First?” menampakkan artis terkenal seperti Zizan Razak, Yuna, Harith Iskander dan Siti Nordiana telah dimuat naik oleh pengguna Youtube.



Kesemua mereka melakukan aksi ‘superheroes landing‘ dari suatu tempat sebelum rakaman ditamatkan, sekali gus membawa perkhabaran bahawa selebriti itu bakal bergabung untuk membintangi sebuah filem terbaharu.

Mengetahui tentang hal video telah tertiris ini, mereka tidak mahu beri sebarang ulasan lebih lanjut namun mengakui bahawa apa yang tersebar itu jelas seperti dilihat dan mengharapkan pada para peminat untuk nantikan tentang gandingan mereka itu.



Di Instagram, masing-masing telah memuat naik video yang telah tertiris dengan pandangan masing-masing. Yuna menyatakan bahawa beliau tidak sabar dengan sesuatu yang menarik akan datang.




Harith Iskander pula tidak mahu beri ulasan lebih lanjut, namun dia begitu gembira dengan gandingan bersama Yuna, Siti Nordiana dan Zizan. Disamping itu, Siti Nordiana juga sependapat seperti Harith Iskander, dan ia juga merupakan percubaan yang baru untuk dia.



Zizan juga menyatakan perkara yang sama, perlu merahsiakan apa yang sedang berlaku, namun dia sangat excited dengan apa yang akan datang tidak lama lagi.


Seperti apa yang kita tahu,tidak semua daripada mereka merupakan ahli dari bidang lakonan terutama sekali Siti Nordiana dan Yuna. Jadi gandingan ini memberikan satu excitement yang baharu buat para peminat.

Berbeza dengan Zizan Razak dan Harith Iskander, mereka merupakan ahli seni yang mempunyai banyak pengalaman dalam dunia perfileman.

Mengikut pada watak yang selalu dibawa oleh Zizan dan Harith, pastinya mereka akan melakonkan watak yang menghiburkan.

Cakap pasal filem akan datang ni, korang pernah nampak tak poster atau papan iklan dekat Klang Valley, atau kat wayang pasal filem ni?

Kalau dapat sikit hint pun seronok juga. Admin ada cuba la juga contact pengguna youtube yang upload video ni, nak tengok tak apa yang admin dapat? Jeng jeng jeng.


Apa yang mencetus persoalan sekarang adalah bila cerita ini akan dikeluarkan atau sekurang-kurangnya keluarkanlah sedikit hebahan mengenainya.

Ya, kami tak sabar nak tengok keempat-empat selebriti itu bergandingan memainkan watak superhero dalam filem ini, lagi-lagi Harith Iskander.



Dikuasakan oleh Blogger.