Header Ads

Rio Ferdinand dipuji kerana dokumentari menyentuh hati tentang kehilangan isterinya


Rio Ferdinand telah dipuji oleh para penonton dokumentari BBC 'Being Mum And Dad', yang disiarkan pada malam Selasa (28 Mac).

Para peminat dan selebriti menunjukkan sokongan mereka melalui media sosial kepada bekas pemain Manchester United tersebut, ketika dia membuka cerita tentang kematian isterinya, Rebecca Ellison yang berusia 34 tahun kerana kanser payudara pada Mei 2015.



Dokumentari tersebut mengisahkan tentang cara mengatasi kesedihan akibat kehilangan orang tersayang dan cara Rio menerangkan kematian Rebecca kepada tiga orang anaknya, Lorenz, 10, Tate, 8, dan Tia, 5.

Akhirnya, selepas bercakap dengan duda lain dan pakar penjagaan kesihatan, ahli sukan yang berusia 38 tahun ini berkata dia berjaya "menukarkanya daripada gelap kepada terang". Dia menggunakan balang memori yang menjadi saluran untuk anak-anak serta dirinya berbual tentang Rebecca.



Menurutnya, cara tersebut dapat membuka segala-galanya dan merupakan saat yang indah melihat anak-anaknya bercakap dengan gembira tentang ibu mereka daripada terus bersedih dan memikirkan saat negatif.

Dia turut memahami bagaimana sesetengah orang ingin membunuh diri sendiri selepas kematian pasangan mereka, tetapi dia berkata bahawa anak-anaknya telah membantunya mencari semangat untuk terus hidup.

Rio membuatkan para penonton berasa terharu kerana keberaniannya berkongsi kisah tentang kesedihannya.




Dikuasakan oleh Blogger.