Header Ads

Polis masuk ke dalam rumah lelaki 79 tahun dan mereka sangat terkejut apabila melihat apa yang ada di dalam peti sejuk


Lelaki tua berusia 79 tahun dari Tennessee telah menghubungi balai polis dengan satu kecemasan yang akan menghancurkan hati anda apabila mengetahuinya.

Lelaki tersebut tinggal sendirian, dan tidak makan selama dua hari. Dia telah dirompak oleh orang yang sepatutnya menjaga dirinya. Dengan keadaan tanpa wang, tanpa makanan, dan cuaca yang sangat sejuk membuatkan lelaki itu hanya berada di dalam rumah walaupun terdesak kerana tidak tahu harus meminta bantuan daripada siapa.

Dia telah menghubungi pihak polis dengan permintaan yang segera dan ringkas: bolehkah sesiapa bawakan makanan ke rumahnya?


Empat orang pegawai polis segera tiba di lokasi, menunaikan janji mereka untuk melindungi dan berkhidmat untuk masyarakat. Pegawai polis Brian Gray, Nathan Bolton, Buddy Odom, dan Adam Runions telah menggunakan duit mereka dan membeli makanan yang mencukupi untuk lelaki tersebut selama sebulan.


Tetapi, mereka tidak berhenti di situ.

Keempat-empat pegawai polis tersebut mula mencipta penyelesaian yang lebih sesuai untuk rakan baru mereka, dan untuk ahli komuniti lain yang mengalami nasib yang sama. Mereka mula dengan pantri makanan dengan makanan dalam tin, yang dibuka untuk ahli komuniti yang memerlukannya. Kemudian, mereka menjejaki perompak tersebut yang merupakan seorang wanita dan telah berjaya menangkapnya.
Dikuasakan oleh Blogger.