Header Ads

Pereka seni Symphogear menukarkan lukisan anaknya menjadi karakter kartun. Hasilnya sangat menarik!


Satelight, studio anime Jepun milik Thomas Romain bukan sahaja menjalankan projek anime, malah dia turut menggunakan kemahiran artistiknya untuk meluangkan masa bersama-sama dengan dua orang anaknya. Kedua-dua anak lelakinya suka mencipta karakter yang menarik, daripada doktor yang menggunakan kuasa wap air berbanding teknologi sehinggalah karakter seperti cyborg. Thomas mengambil rekaan karakter anak-anaknya dan melukis semula dalam apa yang digelarnya "Bengkel Rekaan Ayah dan Anak".

Thomas telah memuat naik gambar pertama di Twitter pada Hari Krismas dan sejak itu, dia telah berkongsi sebanyak empat gambar dengan lebih perancangan. Keluarga ini sedang berusaha ke atas lukisan mereka tentang robot.


Lukisan kedua telah direka oleh anak kedua Thomas. Thomas memberikan komen bahawa rekaan tersebut memberikan perasaan nostalgia ketika 1980an.


Pasukan ayah dan anak ini juga telah mencuba untuk melukis kesatria magik dan doktor steampunk dengan hasil yang kreatif.



Dikuasakan oleh Blogger.