Perbezaan bersunat antara masyarakat Arab dan Melayu dan kelebihan bersunat mengikut cara bangsa Arab


Terdetik untuk kongsi perkara ini, kebetulan baru lepas sunatkan anak lelaki saya minggu lepas. Setelah saya amati perbezaan yang wujud tentangnya di antara Arab dengan Malaysia, ternyata banyak kebaikan & kelebihan untuk khitankan anak di waktu kecil seperti yang dilakukan oleh bangsa Arab.

1) Khitan ke atas bayi hanya mengambil masa lebih kurang 24jam sahaja untuk sembuh sepenuhnya, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mengambil masa berminggu-minggu.

2) Sembuh tanpa apa-apa risiko & infection, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mungkin terdedah kepada pendarahan, bentan, nanah & seumpamanya.

3) Tidak perlu kepada ubatan. Bayi yang hanya minum susu, amat cepat sembuh kerana masih dalam proses pembesaran. Untuk kanak-kanak pula terpaksa disediakan makanan ‘pantang’ khas serta ubatan tertentu untuk memastikan cepat sembuh.

4) Di negara Arab, tidak pernah timbul isu saf asing buat kanak-kanak ketika solat di masjid yang kadang-kadang sering jadi perbalahan kita di Malaysia, kerana kanak-kanak Arab sudah sejak kecil disunatkan. Yakni tidak timbul lagi isu yang belum khitan kena duk belakang sebab menanggung najis & sebagainya. **isu saf ni perlu perbahasan panjang lagi, ini setakat pernyataan umum, takut ada yang silap faham.

5) Malah anak-anak kecil yang sudah sunat, sah solat mereka dan sah juga jika bermakmumkan mereka. Dengan syarat sudah mumayyiz (mudah faham 'mumayyiz': makan sendiri/pakai sendiri/istinjak sendiri). Alangkah cantiknya apabila budak-budak yang umur 6 7 tahun diajarkan untuk jadi imam dirumah bersama keluarga dalam solat yang sah.

6) Penjagaan kebersihan anak, bukan bermula ketika sudah besar, sebaliknya harus dititikberatkan sejak bayi lagi. Kerana itu Arab guna istilah 'thoharoh' (kebersihan) ke atas kalimah khitan.

7) Ada sebilangan orang perempuan berkata sunat waktu baby adalah menyeksakan baby, tetapi sebenarnya sunat waktu besar lagilah amat menyeksakan!. Kami tahu lah sebab kami orang laki..huhu

8) Cuma kekurangannya, bayi yang disunatkan waktu kecil, maka tidaklah mereka punyai pengalaman sunat macam kita. Kerana manalah mereka ingat apa-apa sebab kecil sangat lagi. Jadi tak adalah cerita-cerita kelakar lari dari tok mudim, atau tendang tok mudim, atau seronok mandi sungai ramai2 sebelum sunat, atau seronok dapat duit banyak orang sedekah kat kita pastu beli macam-macam mainan selepas tu, dan macam-macam lagi kisah "Masuk Jawi" yang boleh buat bahan gelak sehingga ke tua ^_^ .

Tiada salahnya untuk kita ubah adat kita kepada satu adat yg lebih baik, malah lebih mendekati sunnah yg anjurkan oleh Nabi SAW. :)



Wallahualam..
*Gambar hanyalah lakonan anakanda saya Muhammad Al Azhari semata-mata, sekadar ambil berkat amalan orang-orang Melayu ^_^
*Untuk pengetahuan juga, Arab tak sunatkan anak perempuan mereka. Perlu dimaklumi juga ianya adalah masalah khilaf dikalangan para fuqaha' di dalam mazhab-mazhab yang mukhtabar. Untuk di Malaysia, teruskanlah amalan yang sedia ada dalam mazhab al Imam as Syafie.
*Mesej buat para doktor di Malaysia juga supaya mula belajar untuk sunatkan bayi kecil.
*Ramai bertanya saya tentang lokasi sunat untuk baby, maaf saya tak tahu kerana saya di Cairo. Boleh rujuk diruang komen kerana ramai juga yang berkongsi lokasi-lokasi tertentu di Malaysia, & pengalaman khitan anak-anak mereka walau umur sudah 1 2 3 tahun. Semua perkongsian positif & menarik. Alhamdulillah. Mohon rakan-rakan yang tahu mana-mana tempat sunat untuk baby boleh kongsi-kongsikan bersama. Shukran.

***Murajaah 7 perkara Sunnah Nabi ketika mendapat kelahiran

Hari pertama : (1) Azan & iqomah di telinga bayi. (2) Tahnik

Hari Ke 7 : (1) Beri nama. (2) Aqiqah. (3) Berkhatan. (4) Cukur rambut.

*tambahan ; (1) Tanam uri. (2) Sedekahkan wang berdasarkan berat rambut anak yang telah dicukur itu dengan nilai semasa emas atau perak.

Sumber: Ibn Shihab Al-Dimashqy

Kongsikan Artikel Ini



Nama

amazing,1,artis,11,awesome,33,bagaimana,8,berita,17,cinta,49,comel,26,cool,144,design,19,diy,20,dunia,2,fail,2,fakta,1,gadget,6,gambar,582,ganas,1,geli,4,gif,3,hiburan,5,humor,3,idea,1,iklan,1,info,83,inspirasi,74,islam,27,jenayah,2,jutawan,94,jutawan dua,48,karut,14,kehidupan,55,keluarga,2,kenderaan,1,kerjaya,4,kesihatan,16,klasik,1,koleksi,33,konsep,21,kreatif,134,lawak,2,lawatan,131,lol,27,lol.,1,makanan,2,media sosial,1,menarik,49,motivasi,10,motivasi hidup,9,ngeri,14,ninetology,4,oops,1,pelik,83,percutian,7,quiz,1,rumah idaman,55,sadis,6,samsung,1,semasa,293,seni,8,seram,2,teknologi,6,test,1,tips,51,troll,2,unik,9,video ceramah,3,video menarik,294,viral,5,wow,6,wtf,90,
ltr
item
Nakbebel: Perbezaan bersunat antara masyarakat Arab dan Melayu dan kelebihan bersunat mengikut cara bangsa Arab
Perbezaan bersunat antara masyarakat Arab dan Melayu dan kelebihan bersunat mengikut cara bangsa Arab
https://4.bp.blogspot.com/-snNDe8k3APY/WLhgC15gTkI/AAAAAAAAEuo/nQzYeESnIAkGAX-3ajnPxYlTQ78lJ6BGgCEw/s1600/maxresdefault.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-snNDe8k3APY/WLhgC15gTkI/AAAAAAAAEuo/nQzYeESnIAkGAX-3ajnPxYlTQ78lJ6BGgCEw/s72-c/maxresdefault.jpg
Nakbebel
http://www.nakbebel.com/2017/03/perbezaan-bersunat-antara-masyarakat.html
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/2017/03/perbezaan-bersunat-antara-masyarakat.html
true
6864137901274687103
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts LIHAT SEMUA Teruskan Membaca Balas Cancel reply Delete Oleh Home PAGES POSTS View All Anda Mungkin Berminat Dengan.. LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Ruangan Ini Khas Untuk Pengikut Nakbebel Sahaja Sila like untuk buka Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy