Header Ads

Pasangan berkahwin selama 37 tahun mempamerkan cinta mereka dengan pakaian sepadan yang menarik


Setiap pasangan menunjukkan cinta mereka dengan cara yang berbeza. Sesetengah pasangan berkongsi gambar mereka di media sosial manakala ada yang memilih menunjukkan cinta dengan saling memberikan hadiah.


Satu pasangan Jepun menunjukkan cinta mereka dengan memakai pakaian yang sepadan, hampir setiap hari. Memandangkan mereka telah berkahwin selama 37 tahun, mungkinkah ini rahsia di sebalik usia perkahwinan mereka?

Jika sebelum ini ianya menjadi rahsia, kini telah menjadi perhatian ramai. Pasangan yang berusia lebih 60 tahun ini menjadi bualan di internet melalui akaun Instagram mereka.

Seperti yang anda lihat, tahap padanan pakaian mereka bukanlah hanya memakai baju yang sama. Mereka juga memilih pakaian yang sama corak atau warna.





Semoga pasangan ini terus kekal bahagia!
Dikuasakan oleh Blogger.