Header Ads

Masih sakit kepala walaupun setelah mengambil ubat atau tidur? Mungkin ini sebabnya


Hari anda yang sepatutnya indah atau sibuk menyelesaikan kerja, tetapi terganggu kerana sakit kepala. Walaupun anda telah mencuba pelbagai cara untuk meredakannya, tetap tidak berhasil. Tertekan? Mungkin itu sebabnya. Tetapi, jarang kita dimaklumkan sakit kepala disebabkan kurangnya pengambilan air. Malah, inilah punca yang sering menyebabkan terjadinya sakit kepala!

Bagaimana pengambilan air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala?

Otak anda dikelilingi dengan lapisan air yang bertindak melindungi otak. Kurang pengambilan air menyebabkan lapisan tersebut tersejat. Keadaan ini boleh menyebabkan otak anda menolak tengkorak, dan akan menyebabkan sakit kepala yang menyakitkan.

Apa yang perlu anda lakukan?

Untuk mengekalkan lapisan air yang sihat di sekeliling otak anda, tingkatkan pengambilan air seharian dan semak hasilnya. Ini ada dua cara mudah.

1. Makan lebih buahan dan sayuran


Simpan sepotong buah di meja anda atau di ruang kerja anda untuk snek segera waktu tengah hari. Air dalam sayuran dan buahan adalah satu cara yang dapat memastikan anda meminum air sepanjang hari, walaupun sesibuk mana jadual anda.

2. Ikuti peraturan sebelum, semasa, dan selepas makan


Sebelum makan, minum segelas air. Ketika anda makan, ambil lagi segelas air dan selepas anda selesai makan, ambil lagi segelas air. Ikuti peraturan ini untuk sekurang-kurangnya dua kali makan sehari. Cara ini bukan sahaja membantu pengambilan air anda, tetapi turut membantu anda mengurangkan makan, kerana air akan memenuhi sistem anda dan mengelakkan anda terlebih makan. Dua dalam satu manfaat yang akan anda perolehi!

Selepas ini, jika anda mengalami sakit kepala, cuba ambil segelas air. Anda akan dapati mimpi ngeri sakit kepala ini sangat mudah untuk dielakkan!
Dikuasakan oleh Blogger.