Header Ads

Lelaki yang mempunyai janggut kelihatan lebih menarik


Lelaki yang mempunyai janggut atau berjambang adalah lebih menarik daripada mereka yang tidak berjambang. Pendapat ini adalah berdasarkan satu kajian dalam Journal of Evolutionary Biology, yang mana telah bertanya kepada wanita untuk menilai lelaki berjambang dan tanpa jambang yang berpotensi untuk dijadikan teman lelaki.

Gambar beberapa orang lelaki diambil dengan wajah yang dicukur bersih, lima hari selepas bercukur, 10 hari selepas bercukur, dan kemudian empat minggu selepas bercukur. Hasil kajian agak mengejutkan: setiap wanita memilih lelaki yang berjambang.



Jambang yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis mendapat kedudukan yang paling tinggi kerana daya tarikan secara umum, diikuti dengan jambang lebat dan jambang nipis.

Para pengkaji mengatakan ciri-ciri biasa yang ada pada lelaki, seperti bentuk rahang muka yang kuat, tanda sihat dan tahap testosterone yang tinggi, mungkin tidak dicari oleh wanita pada pasangan dalam jangka masa yang panjang. Sedangkan jambang sering dikaitkan dengan umur seorang lelaki dan pengaruh maskulin.

Dikuasakan oleh Blogger.