Header Ads

Kerana satu sebab, remaja 16 tahun bertekad dan telah berjaya mendaki Gunung Everest dengan sendiri


Pada tahun 2015, Ishan Siva Ramanathan meluahkan hasratnya untuk mendaki puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest, kepada ibu bapanya selepas mereka sekeluarga keluar dari panggung wayang menonton keadaan yang mencabar di Everest.

Filem tersebut menceritakan kisah mencabar sekumpulan pendaki yang terpaksa bertarung nyawa selepas dilanda ribut salji ketika mereka berada di gunung. Remaja 16 tahun ini bertekad ingin melakukan perjalanan itu.

Ishan berasa kagum dengan rakaman gunung tersebut dan memberanikan diri dengan cabaran. Dia tahu bahawa dia ingin mengalaminya sendiri dengan apa yang digelarnya sebagai "tempat paling menakjubkan di Bumi".

Ibu bapanya agak terkejut dengan keputusannya. Tetapi apabila mereka mengetahui yang rancangannya untuk ke Everest Base Camp (EBC) - pada kedudukan altitud 5,364m (3,500m lebih rendah daripada puncak gunung) adalah cabaran yang boleh dicapai untuk orang yang agak aktif - mereka mula mengizinkannya.

Melihat kesungguhan Ishan, ibu bapanya mula menyokong keputusannya. Mereka memastikan mereka telah menempah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang baik. Mereka telah berbincang dengan pemilik syarikat pelancongan beberapa kali dan bertanya kepada pelanggan yang pernah menggunakan khidmat tersebut, dan mereka berpuas hati dengan maklum balas yang baik.


Memandangkan Ishan akan menjadi seorang pelatih di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) pada tahun lepas, dia telah memutuskan untuk menggunakan pendakiannya untuk mengutip derma buat Akademi Ideas, satu pusat pendidikan menengah untuk anak-anak yang tidak mempunyai kerakyatan.

Maka pada 10 Oktober tahun lepas, Ishan telah pergi ke Nepal berseorangan. Ketika ketibaannya di lapangan terbang Kathmandu, dia telah berjumpa dengan pengendali pelancongan dan pendaki lain, John william Strode dari Amerika Syarikat, yang juga baru tiba. Terdapat juga dua orang lelaki - Johnson Lim, warganegara Filipina dan Andrey Garcia dari Brazil - yang menyertai mereka pada keesokan harinya. Ishan tidak berasa gentar walaupun dia adalah pendaki yang paling muda.

Ishan telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mendaki ke Everest Base Camp pada usia 14 tahun dengan sendiri (di bawah pemantauan pihak syarikat pelancongan dan pendaki lain) dan berhasil mengutip lebih RM17,000 untuk Akademi Ideas.



Dikuasakan oleh Blogger.