Header Ads

Kanak-kanak 4 tahun menggunakan Siri untuk menyelamatkan nyawa ibunya


Menurut laporan Polis Metropolitan London pada hari Rabu, Roman berada di rumah bersama-sama dengan kembarnya serta adik mereka. Ibunya terlantar di atas lantai. Roman sedar bahawa dia perlu mendapatkan bantuan, tetapi bagaimana?

Dia kemudiannya, mendapatkan telefon pintar ibunya dan membuka menggunakan ibu jari ibunya dan menggunakan fungsi 'Siri' untuk meminta bantuan dan ia menghubungi 999. 999 adalah nombor kecemasan UK.

Pihak polis juga mendedahkan rakaman telefon Roman bersama penerima panggilan kecemasan. Dalam rakaman tersebut, Roman menerangkan bahawa ibunya telah "mati". Apabila ditanya apakah maksudnya, dia membalas bahawa ibunya sedang menutup mata dan tidak bernafas.


Melalui kejadian ini, penting untuk ibu bapa mengajar anak-anak alamat rumah dan cara menghubungi polis atau perkhidmatan kecemasan dalam situasi kecemasan.

CEO Apple, Tim Cook telah mengetahui kisah ini dan mengucapkan tahniah serta mendoakan kesembuhan ibunya.


Dikuasakan oleh Blogger.