Header Ads

Ibu tunggal 51 tahun memandu treler untuk menyara anak-anaknya


Kenali Rosalekka Salim, yang lebih dikenali dengan panggilan 'Kak Lori'. Wanita yang berusia 51 tahun ini merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki.

Sebelum bekerja sebagai pemandu treler 10 tayar, yang memindahkan kontena dari pelabuhan Pulau Pinang, dia pernah bekerja sebagai pekerja kilang selama 18 tahun.

Rosalekka melakukan 150 perjalanan dalam sebulan. Dia akan mengambil kontena daripada kapal-kapal di pelabuhan Pulau Pinang dan memindahkan kontena tersebut ke depot untuk dibaiki.



Pekerjaan sebagai seorang pemandu treler tidaklah sesukar yang dikatakan. Malah, pekerjaannya sebelum ini sebagai pekerja kilang adalah lebih sukar kerana dirinya sentiasa tertekan terutama apabila majikan dalam keadaan marah.

Walaupun dia tidak mempunyai gaji pokok kerana keadaan pekerjaannya, tetapi waktu kerjanya adalah fleksibel. Malah, dengan gaji sebanyak RM7,000 sebulan termasuklah elaun makanan, komisen, dan bonus membolehkannya memperoleh gaji yang lebih banyak dengan melakukan lebih banyak perjalanan.



Rosalekka berharap generasi muda dapat mengambil peluang pekerjaan seperti ini dan membuang pandangan negatif masyarakat terhadap pekerjaan ini. Selain itu, dia turut berharap generasi muda tidak bergantung pada ibu bapa mereka dan mencuba pelbagai peluang pekerjaan yang ada termasuklah pemandu lori. Pekerjaan ini tidaklah sukar mahupun berbahaya.

Dikuasakan oleh Blogger.