Header Ads

Gelagat anjing ini berubah selepas menemui benda ini dan ianya pasti membuatkan anda tersenyum!


Anjing suka menggali. Mengapa? Anjing melakukannya atas banyak sebab. Mungkin mereka ingin tahu apa yang berada di dalam tanah atau mungkin itu hanyalah cara mereka menghiburkan diri. Setiap anjing mempunyai niat yang berbeza.

Sebagai contoh, Pandora adalah seekor anjing yang suka bermain. Menurut tuannya, Lucas Alves Magalhães, Pandora suka menggali tanah di kawasan belakang rumah mereka di Sao Paulo, Brazil. Pandora suka menggali dan menanam benda. Baru-baru ini, Pandora menemukan sesuatu yang baru.

Pandora berjalan di sekitar rumah dengan satu benda di dalam mulutnya. Apabila Lucas melihat secara dekat, dia menyedari anjingnya menemui gigi palsu. Namun, cara anjing tersebut meletakkan gigi tersebut ke dalam mulutnya agak misteri.

"Saya boleh mati akibat ketawa," kata Lucas.



Dikuasakan oleh Blogger.