Header Ads

Elakkan menaip "Amin" di Facebook. Ini sebabnya!


Apa masalah jika anda menaip "Amin"? Tiada, bukan? Ramai yang berfikir sedemikian, sehinggalah seseorang telah memberitahu kesan melakukan perkara tersebut.

Jika anda sering menggunakan Facebook dan seseorang berasa simpati terhadap penderitaan orang lain, anda pasti menyedari apabila mereka mengatakan "Ramai yang tidak akan 'Like' gambar ini" atau "'Like' dan komen 'Amin' untuk kesembuhan adik ini."

Pasti hati anda akan tersentuh apabila melihat keadaan tersebut, apatah lagi post yang mengandungi "Teruskan scroll jika anda tidak berasa kasihan". Ternyata, terdapat penipuan di sebalik perkara ini.


Tiada kehidupan yang boleh diselamatkan dengan "Like" atau penyakit yang dapat disembuhkan dengan menaip "Amin". Anda melakukan perkara tersebut untuk menunjukkan sokongan anda. Namun, anda sebenarnya sedang membantu orang lain untuk membuat duit dengan mudah melalui Facebook.

Post berbentuk licik ini direka untuk menjadi helah yang membuatkan orang ramai untuk like, share, atau komen, yang mana hasilnya page ini mengumpul ramai pengikut. Pencipta page tersebut juga kemudiannya menyebarkan virus dan penipuan. Mereka juga dapat menyimpan data anda dan mengetahui maklumat diri anda seperti tempat tinggal, tarikh lahir, dan alamat emel, yang boleh digunakan untuk menggodam akaun anda.

Apabila anda share post sebegini, anda sedang melakukan sesuatu yang bahaya dengan meningkatkan populariti mereka. Kerana apabila ini berlaku, pemilik page tersebut memperoleh wang menggunakan gambar yang dicuri tentang haiwan yang sedang menderita atau bayi yang sedang sakit dan keluarganya tidak mengetahui bahawa gambar tersebut digunakan oleh orang lain untuk tujuan yang tidak baik.

Jadi, jika anda berasa tidak enak jika tidak berkongsi post tersebut, ingatlah bahawa "Like" dan "Amin" anda tidak akan menyelamatkan mana-mana nyawa. Ia hanya akan membantu manusia yang tidak berhati perut mengisi poket mereka.


Dikuasakan oleh Blogger.