Header Ads

Bandar yang padat di China mempunyai tren yang melalui bangunan kediaman 19 tingkat


Memandangkan topografi yang unik dan kepadatan pembinaan yang tinggi di Chongqing, salah satu bandar yang tinggi populasi penduduk di China, para arkitek dan perancang bandar telah melaksanakan laluan penting untuk monorel dengan cara yang unik. Cara penyelesaian mereka ialah membuatkan tren melalui bangunan pangsapuri 19 tingkat.


Pada tahun 2004, apabila Transit Rel Nombor 2 diluluskan, mereka hanya mempunyai dua pilihan - sama ada meruntuhkan seluruh bangunan pangsapuri tersebut untuk memberi ruang kepada monorel, atau mengosongkan dua tingkat dan membuat terowong supaya tren dapat melaluinya. Walaupun kelihatan tidak konvensional, pakar memilih pilihan kedua dan 13 tahun kemudian, mereka masih yakin dengan pilihan mereka.

Bukan sahaja tren monorel melalui di tengah-tengah pangsapuri adalah aneh, malah terdapat stesen penumpang di tingkat 7 dan 8. Jadi, penduduk hanya berjalan keluar dari pintu rumah dan terus masuk ke dalam tren.


Stesen yang berada dalam bangunan tersebut telah meningkatkan harga pangsapuri tersebut kerana terdapat kemudahan pengangkutan awam. Berkenaan bunyi pula, Transit Rel Nombor 2 ini adalah monorel ringan dan memandangkan bangunan tersebut dilengkapi dengan peralatan pengurangan bunyi, bunyi tren dikatakan berbunyi seperti mesin basuh pinggan mangkuk.

Lihat video di bawah:

Dikuasakan oleh Blogger.