Header Ads

Awan berbentuk seperti manusia muncul di pusat beli belah di Zambia


Penduduk tempatan di Zambia berlari dalam ketakutan apabila melihat bentuk pelik seperti manusia muncul di awan di atas sebuah pusat beli belah. Satu penampakan hantu yang didakwa kelihatan seperti Dementor dari filem Harry Potter dilihat berada di atas Mukuba Mall di Kitwe.

Gambar menunjukkan satu bentuk yang menyerupai manusia yang besar dengan kepala dan badan, berada di awan dan dianggarkan panjangnya melebihi 100 meter.



Bentuk hitam tersebut kelihatan diperbuat daripada bahan yang berbeza dengan awan. Daripada sudut gambar, benda itu kelihatan sedang memandang ke bawah, arah pusat beli belah tersebut.

Benda itu berada di langit selama setengah jam dan beberapa orang menganggap benda itu datangnya dari Tuhan. Seorang saksi mengatakan, "Kami terkejut apabila melihat objek yang kelihatan seperti manusia di awan hampir 30 minit. Beberapa orang mula menyembahnya tetapi orang lain melarikan diri."
Dikuasakan oleh Blogger.