Header Ads

Apple memperkenalkan edisi istimewa iPhone 7 berwarna merah


Apple mendedahkan versi merah istimewa iPhone 7 dan 7 Plus, untuk memperingati kerjasama 10 tahun antara teknologi besar tersebut bersama Red, sebuah organisasi yang membantu melawan AIDS. Edisi istimewa iPhone ini dicirikan dengan badan aluminium berwarna merah, dengan model 128GB dan 256GB, dan harga bermula dari $749 (RM3,316).

Telefon merah ini boleh didapati di kedai dan melalui atas talian (online) bermula Jumaat untuk masa yang "terhad", dan pihak Apple tidak memaklumkan tempoh tersebut secara mendalam.

Pihak Apple juga tidak berkongsi jumlah yang akan disumbangkan kepada Red melalui jualan iPhone istimewa ini. Walau bagaimanapun, Apple telah menyumbangkan sebanyak lebih $130 juta sepanjang bekerjasama dengan Red, membuatkannya penderma korporat terbesar di dunia untuk melawan AIDS.
Dikuasakan oleh Blogger.