Header Ads

Apabila perempuan reject lelaki, pasti akan ada 10 alasan ini


10 Alasan Cliche Perempuan Reject Lelaki
*******************************************

Setiap anak muda mesti pernah melalui zaman percintaan. Zaman percintaan ada yang indah dan tak kurang juga kisah yang derita.

Ada percintaan yang kekal hingga ke jinjang pelamin. Ada juga percintaan yang tersekat di tengah jalan.

Ada juga anak muda yang melalui fasa kena reject bila dia confess perasaan dengan orang yang dia suka tu. Ada jawapan yang menggembirakan hati dan ada juga jawapan yang menghancurkan jiwa.

Semua itu kenangan. Semua itu proses untuk mengenal erti kehidupan. Itu semua proses nak mematangkan kau.

***

10 jenis rejection yang biasa dialami oleh anak muda :

1. Gaya Acah-Acah Si Dia Terlalu Baik

"Awak terlalu baik untuk saya. Saya rasa saya tak sepadan dengan awak."

"Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu baik. Saya doakan awak dapat yang lagi baik daripada saya."

Kau dah kenapa setannnnn. Kau nak perompak, perogol ke jadi laki kau? Kang dapat lelaki yang panas baran barulah kau nak menyesal.

2. Gaya Acah-Acah Ada Tanggungjawab

"Saya masih ada tanggungjawab pada mak ayah dan adik-adik."

"Komitmen saya banyak. Saya tak boleh fokus bercinta lagi."

Lepas sebulan up gambar suap kek dengan pakwe kerja jurutera. Sambil letak hashtag #TillJannah. Kakaka.

3. Gaya Terus Terang

"Awak dah la tak hensem. Muka hitam. Miskin. Ada hutang PTPTN. Naik motor je. Muka berjerawat pulak tu. Boleh blah la weh. Ada hati nak ke aku!"

Pehh. Terus rasa hati kau dicincang lumat. Tapi yang ni sakit dia sekejap je. Takde rasa pedih sangat sebab kau tak habis banyak masa dengan wang ke dia.

4. Gaya Friendzone

"Saya suka betul kawan dengan awak. Saya harap kita sentiasa jadi kawan baik eh?"

"Saya sayangkan persahabatan kita ni. Awak la kawan yang baik pernah saya ada"

Kau punya lah dah berkorban masa, duit dan segalanya pada dia. Alih-alih dia anggap kau kawan je. Cian.

5. Gaya Bandingkan

"Awak tengok pakwe Neelofa tu, dah la kaya. Hensem. Ada buku serupa album pulak tu. Kalau boleh saya nak bakal suami saya macam tu la."

Pesen ni ramai. Terima seadanya konon. Ada yang nak kat kau tapi dia kerja kerani pun kau tolak mentah-mentah. Nak pakwe kerja sedap-sedap je. Hampeh.

6. Gaya Islamik

"Awak doakan semoga jodoh kita berkekalan. Kalau ada jodoh tu ada la. Kalau takde nak buat macam mana"

"Kita tak perlu bercinta pun. Kita kena yakin yang jodoh itu memang ada. Bercinta lepas kahwin lagi syok"

Sebulan lepas tu dia kapel dengan budak UIA. Gampang.

7. Gaya Harapan Palsu

"Saya sayang awak. Dari dulu lagi saya nak miliki awak. Tapi sekarang rasa cinta tu dah hilang. Saya pun tak tahu kenapa. Saya tengok awak pun dah tak rasa sayang. Cinta saya pada awak makin pudar. Maafkan saya"

"Nak tak kita tak payah mesej, tak payah call untuk sebulan dua. Kita tengok sapa rindu banyak mana"

Sebulan lepas tu dia upload gambar pergi Genting dengan pakwe dia. Padan muka kau.

8. Gaya Kenegerian

"Saya suka berkawan dengan awak. Tapi, mak saya tak suka orang Kelantan"

Mak kau tak suka orang Kelantan kepala ungka kau. Kau ke mak kau nak kahwin ni? Sebulan lepas tu dia up gambar tunang dengan orang Kelantan.

9. Gaya Tersirat

"Ada baiknya kita fokuskan kepada pelajaran dulu. Kalau satu hari nanti kita bertemu kembali dan masa tu awak single dan saya pun single, mungkin awak jodoh saya."

Kau punya lah studi rajin-rajin. Tiga bulan lepas tu dia kapel dengan lelaki lain. Kau rasa? Rasa nak kilas leher dia tak?

10. Gaya Ghaib

"Saya sayang awak. Saya harap awaklah jodoh saya."

Lepas sebulan krik krik krik.

Biasanya bila kau kenal dia di laman sosial, percintaan jarak jauh dan langsung tak pernah jumpa, susah la sikit. Lama kelamaan perangai dia pun berubah jadi serupa setan. Whatsap kau dia bluetick je. Call taknak angkat. Mesej tak balas. FB, Twitter semua dia dah block kau. Kau punya la konfius.

"Apa dosa aku? Kenapa aku kena dump for no reason? Kebabian apakah ini? Apa aku dah buat? Aku punya lah setia?"

***

Kau tak suka orang tu kau jangan bagi harapan palsu bagai. Kesian la.

Kalau kau pernah kena reject, takkan kau nak terhegeh-hegeh lagi ke dia. Tapayana tunjuk kau setia nak tunggu dia lah. Kau duk tunggu dia sampai kau terlepas peluang yang indah. Sampai kau terlepas jodoh kau yang sebenarnya.

Kalau susah nak move on, kau tanam dalam hati;

i. Dia langsung tak nak kat kau.
ii. Dia langsung tak ingat kat kau.
iii. Dia sedang bahagia dengan pasangan dia. Kau masih lagi nak berharap?
iv. Dia memang takde hati dah kat kau.
v. Dia bukan jodoh kau.

Apakah jenis rejection yang kau pernah kena? Kongsilah di ruangan komen untuk mengimbau kenangan masa bercinta dahulu kala. Kah!

Sumber: Amir Syahir

Dikuasakan oleh Blogger.