Header Ads

Anda suka swafoto? Ini berita baik untuk anda!


Satu kajian baru yang dijalankan oleh para saintis di University of California menunjukkan bahawa mengambil swafoto atau selfie membuatkan anda lebih bahagia. Kajian tersebut menunjukkan bahawa jika anda tersenyum ketika ber-selfie, anda akan menjadi lebih gembira.

Ini kerana, selfie yang diambil dan dikongsikan bersama orang lain meningkatkan tahap endorphine untuk mereka yang terlibat dalam gambar tersebut.


Orang yang mengambil selfie adalah mereka yang lebih yakin, selesa atau kreatif dengan senyuman mereka. Walaupun anda hanya berpura-pura tersenyum, ia akan membawa kepada peningkatan dalam kegembiraan.

Jadi, ambil selfie sekerap yang mungkin. Ia akan membuatkan anda lebih bahagia!
Dikuasakan oleh Blogger.