Header Ads

18 orang cedera apabila eskalator di Hong Kong bergerak laju dengan cara mengundur


Eskalator paling panjang di Hong Kong secara tiba-tiba bergerak dalam keadaan mengundur pada kelajuan tinggi dalam keadaan sesak di Pusat Beli-belah Mong Kok pada hari Sabtu, membuatkan para pembeli terjatuh dan seramai 18 orang telah mengalami kecederaan. Salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang serius.

Rakaman video yang direkodkan oleh saksi menunjukkan eskalator sepanjang 45 meter - yang menghubungkan tingkat keempat dan kelapan - berubah arah dan kelajuan tanpa amaran, membuatkan para pembeli berada dalam ketakutan sehingga mereka hilang kawalan dan terjatuh.



Kemalangan tersebut mengakibatkan 14 orang wanita dan empat orang lelaki tercedera. Seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala dan telah dibawa ke Queen Elizabeth Hospital. Mangsa berada dalam keadaan yang serius manakala yang lain dilaporkan stabil.

Langham Place adalah projek pembaharuan bandar yang bernilai HK$11 bilion yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2004.

"Saya sedang menaiki eskalator, dan ianya bergerak dua kali ganda lebih laju daripada biasa," kata seorang wanita yang mengalami kecederaan pada kakinya. Kejadian tersebut berlaku kurang daripada seminit.

Dikuasakan oleh Blogger.