Header Ads

Tradisi Orang Sepanyol: Membunuh Berpuluh Ribu Anjing Greyhound Setiap Tahun


Anda mungkin sudah mengetahui tentang laga lembu dan kontroversi mengenai tradisi lama ini, tetapi terdapat satu lagi tradisi yang meragut nyawa berpuluh-puluh ribu anjing di Sepanyol setiap tahun. Dan perkara yang paling teruk ialah tiada sesiapa yang mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

Galgos, atau anjing greyhound di Sepanyol, adalah baka lama anjing memburu yang pernah dibela oleh keluarga-keluarga bangsawan di Sepanyol. Pada hari ini, haiwan yang cantik ini telah dihapuskan dengan cara kejam oleh para pemburu selepas tamatnya musim memburu.


Kekejaman yang berlaku dijelaskan oleh tradisi mereka bahawa jika anjing telah memalukan tuan mereka kerana tidak melaksanakan sesuatu seperti yang diharapkan oleh tuannya, perkara yang hina ini harus dilenyapkan dengan menyeksa dan membunuh haiwan ini.

Namun, secara realitinya, semuanya adalah kerana ingin menjimatkan kos. Mereka merasakan lebih berbaloi membeli Galgos baru dengan harga 10 euro, berbanding membelanjakan wang untuk membela anjing yang sudah mereka miliki sehinggalah musim memburu seterusnya.


Para pemburu mempunyai sekurang-kurangnya 10 ekor Galgos ketika musim memburu. Di penghujung Februari, apabila musim memburu telah berakhir, anjing yang tidak melakukan dengan baik seperti yang diharapkan akan digantung, dicampak ke dalam telaga sehingga lemas, dibakar atau dibuang kulit secara hidup, diseret di belakang kereta sehingga mati, atau diseksa menggunakan asid. Salah satu cara paling kejam yang terkenal yang digunakan oleh pemburu ialah "tarian piano", yang melibatkan menggantungkan anjing pada lehernya, dan hujung kaki sukar untuk mencecah lantai.

Sesetengah pemburu memilih untuk meninggalkan Galgos mereka apabila merasakan tidak memerlukan anjing tersebut, tetapi mereka akan mematahkan kaki anjing tersebut supaya mereka tidak dapat kembali. Mereka, kebiasaannya, akan mati kebuluran atau berada di mati di tempat perlindungan kerana tidak mendapat penjagaan yang sepatutnya.


Anjing memburu yang bagus akan terselamat dari seksaan dan mati, jika mereka muda dan kuat, tetapi dikurung di dalam "zulos", rumah anjing yang padat. Selepas dua atau tiga tahun, apabila mereka telah menjadi lemah akibat kekurangan zat dan latihan yang melampau, mereka akan dibunuh oleh pemburu atau dihantar kepada pihak perbandaran untuk ditinggalkan tanpa penjagaan yang sepatutnya.

Dianggarkan antara 50,000 hingga 100,000 anjing memburu yang dibunuh di Sepanyol setiap tahun, sehingga dikenali sebagai "Holocaust of Greyhounds", tetapi sukar untuk mengetahui bilangan yang tepat.


Menurut undang-undang Sepanyol, Galgos dikira sebagai anjing bekerja, maka anjing ini dikecualikan daripada undang-undang berkenaan kekejaman terhadap haiwan peliharaan.

Galgos turut diikat pada kereta atau motosikal untuk diuji kelajuan mereka, sebagai satu latihan yang biasa dilakukan oleh pemilik haiwan ini. Walaupun berlaku kecederaan atau kematian ketika latihan ini, ianya jarang dilaporkan.

Dikuasakan oleh Blogger.