Header Ads

Seorang Ibu Dari Australia Melahirkan Bayi Seberat 6kg Secara Normal


Seorang wanita telah melahirkan salah seorang bayi paling besar di Australia - dengan berat hampir 6kg - dan proses melahirkan bayi tersebut berlaku dengan pantas sehinggakan dia tidak sempat ke hospital.

Nina Tassell, 37, telah melahirkan anak lelakinya di rumah dengan bantuan suaminya, Adam.

Adam dan kakaknya, Sonya Anson, telah menghubungi ambulans dan mereka telah bersedia untuk kelahiran bayi tersebut. Sonya telah mendapatkan nasihat daripada paramedik sementara Adam menguruskan proses kelahiran.

Anak lelaki mereka, dilahirkan tiga hari lebih awal dan mempunyai berat 5.95kg, berbanding berat bayi biasa dengan 3.3kg. Panjangnya juga 59cm, berbanding dengan 51cm, panjang bayi biasa.
Dikuasakan oleh Blogger.