Header Ads

Seluruh bandar belajar bahasa isyarat secara rahsia untuk memberikan kejutan kepada jiran mereka yang pekak


Muaharrem ialah seorang lelaki muda yang pekak dari Istanbul. Kakaknya, Ozlem, telah bekerjasama dengan krew produksi untuk memberikan Muaharrem satu hari yang hebat.

Syarikat pengiklanan Leo Burnett dan Samsung telah mengaturkan kerja yang besar untuk satu kempen iklan. Mereka mengambil masa selama sebulan untuk memasang kamera di sekitar kawasan kejiranannya dan mengajar jirannya bahasa isyarat.

Dalam iklan tersebut, Ozlem membawa Muaharrem keluar seperti hari biasa. Semuanya kelihatan biasa sehinggalah apabila mereka berada di kaunter kedai tempatan, lelaki di kaunter tersebut menegurnya menggunakan bahasa isyarat.



 



Apabila dia keluar dari kedai tersebut, lelaki lain pula memberikan isyarat kepadanya. Ketika itu, dia mula berasa sedikit pelik. Seorang perempuan terlanggar dirinya dan perempuan tersebut meminta maaf menggunakan bahasa isyarat. Apabila mereka masuk ke dalam teksi, pemandu teksi memberikan isyarat "helo".











Ini muka lelaki yang sangat, sangat keliru.



Teksi tersebut menurunkan mereka di tempat orang ramai yang mana jiran-jiran Muaharrem menegurnya. Krew produksi mendedahkan semua perkara yang merupakan sebahagian daripada iklan untuk pusat panggilan video baru Samsung Turki untuk orang yang cacat pendengaran.







Lihat video di bawah:

Dikuasakan oleh Blogger.